Berita Harian

1,866 kes HFMD hingga Julai di Sabah

-

Penampang: Sebanyak 1,866 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dikesan sejak awal tahun hingga Julai ini di Sabah.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi, berkata penyakit mudah berjangkit dalam kalangan kanak-kanak itu turut mengakibat­kan 15 sekolah ditutup sementara.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas kawasan atau daerah yang terbabit dengan penularan penyakit itu.

Christina berkata, ibu bapa harus memainkan peranan penting bagi memastikan membawa anak masing-masing membuat pemeriksaa­n sebaik sahaja melihat tanda awal HFMD.

“Menerusi pemeriksaa­n dan kajian dibuat, kita dapati kebanyakan kes HFMD berjangkit membabitka­n adik-beradik.

Peka tahap kesihatan anak

“Sukar mengelakka­n situasi ini kerana mereka tinggal satu rumah dan sukar diasingkan, selain sukar dijaga berasingan.

“Oleh itu, penjaga mesti peka tahap kesihatan anak dan tidak membenarka­n mereka ke sekolah sekiranya kurang sihat,” katanya ketika sidang media sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Denggi ASEAN 2018 Peringkat Negeri di sini, semalam.

Perasmian disempurna­kan Pegawai Penyelaras dan Pergerakan Kawasan N19 Kepayan, Cyrel Gerald Liew mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Jannie Lasimbang.

Dalam pada itu, Christina berkata, pengusaha TASKA wajib memastikan keseluruha­n persekitar­an TASKA dalam keadaan bersih, selain mengajar kanak-kanak mengenai kebersihan.

“Kita sebenarnya tidak gemar melakukan penutupan sekolah kerana memberi kesan kepada banyak pihak, namun terpaksa berbuat demikian sekiranya ada bukti kukuh penularan penyakit ini,” katanya.

Sementara itu, Christina berkata, sebanyak 1,791 kes demam denggi dilaporkan di Sabah setakat Sabtu lalu, meningkat 666 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia