Berita Harian

Padah lima sekawan buat sekatan haram

Semua suspek dibawa ke Balai Polis Serian untuk tindakan lanjut

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul haque

Tindakan lima sekawan yang membuat sekatan jalan raya haram di persimpang­an jalan Kampung Daha Kisau, di sini, memakan diri selepas tindakan mereka itu dihidu polis, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, kesemua mereka lelaki berusia antara 27 hingga 50 tahun itu dikatakan membuat sekatan jalan raya tanpa kebenaran pihak berkuasa selain tidak dimaklumka­n kepada ketua kampung berkenaan.

Lebih mengejutka­n, salah seorang daripada mereka turut membawa selaras senapang ‘pump gun’ bersama peluru dan beberapa senjata lain selain meletakkan sebatang paip polivinil klorida (PVC) bagi menghalang kenderaan melalui laluan berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuching, Superinten­dan Rosdi Inai berkata, sepasukan pegawai dan anggota menjalanka­n rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Lelaki tempatan berkumpul

Menurutnya, sebaik tiba, pasukan rondaan mendapati lima lelaki tempatan berkumpul di tepi jalan berkenaan selain terdapat sebatang paip merentangi tengah laluan.

“Pasukan rondaan kemudian bergegas membuat pemeriksaa­n lanjut dan mendapati suspek memiliki selaras senapang selain pelbagai senjata.

“Pegawai bertugas kemudianny­a mendapatka­n maklumat lanjut daripada ketua kampung namun tindakan suspek itu tidak diketahuin­ya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rosdi berkata, setakat ini polis masih menyiasat motif suspek membuat sekatan jalan raya di kawasan berkenaan tanpa kebenaran sekiranya ia membabitka­n unsur jenayah.

Katanya, semua suspek kemudianny­a dibawa ke Balai Polis Serian untuk tindakan lanjut.

 ?? [FOTO IHSAN PDRM] ?? Senjata yang dirampas daripada lima lelaki yang membuat sekatan jalan raya haram di persimpang­an jalan dekat Kampung Daha Kisau, Serian.
[FOTO IHSAN PDRM] Senjata yang dirampas daripada lima lelaki yang membuat sekatan jalan raya haram di persimpang­an jalan dekat Kampung Daha Kisau, Serian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia