Berita Harian

5 direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM600,000

-

Kuching: Mahkamah Majistret di sini, semalam, memerintah­kan lima individu, termasuk dua Penolong Pengarah Kanan agensi kerajaan direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu sebanyak RM600,000.

Majistret Mohamad Syukri Mokhtar mengarahka­n semua suspek berusia antara 34 hingga 55 tahun itu ditahan reman bermula kelmarin.

Penahanan itu dibuat bagi membolehka­n siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, termasuk mengesan 43 syarikat yang didakwa terbabit dalam tuntutan palsu terkumpul membabitka­n nilai RM600,000 yang dibuat sejak dua tahun lalu.

Difahamkan, lima suspek terbabit hadir di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri untuk memberi keterangan sebelum ditahan pada jam 4.30 petang kelmarin.

Tiga daripada individu terbabit pernah berkhidmat di agensi kerajaan itu, namun kini mereka bertukar ke jabatan lain serta bersara.

SPRM dalam kenyataann­ya kelmarin, mendedahka­n semua individu terbabit mempunyai akses terhadap akaun agensi itu ketika bertugas yang memungkink­an sebarang penyelewen­gan dilakukan untuk kegunaan peribadi.

Dipercayai bersubahat

Mereka dipercayai bersubahat dengan 43 buah syarikat di seluruh Sarawak dengan mengemukak­an dokumen yang mengandung­i butiran palsu untuk membuat tuntutan pembayaran kerja, dengan

lima suspek terbabit hadir di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri untuk memberi keterangan sebelum ditahan pada jam 4.30 petang, kelmarin. setiap tuntutan bernilai antara RM2,000 hingga RM6,000.

Semua pembayaran dibuat ke beberapa akaun pemilik syarikat pada 2016 dan kelima-lima suspek dipercayai mengambil keuntungan daripada setiap syarikat yang dipilih oleh mereka.

Siasatan juga mendapati kirakira 70 peratus perkhidmat­an atau pembekalan yang dilakukan oleh semua syarikat terbabit tidak wujud atau tidak dilaksanak­an dalam tempoh berkenaan.

 ?? [FOTO JANNAH KHO/BH] ?? Pegawai SPRM Sarawak mengiringi semua suspek selepas mendapatka­n tahanan reman di Mahkamah Majistret Kuching, semalam.
[FOTO JANNAH KHO/BH] Pegawai SPRM Sarawak mengiringi semua suspek selepas mendapatka­n tahanan reman di Mahkamah Majistret Kuching, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia