Berita Harian

TEWAS GODAAN

Jalan cerita, skala besar pikat hati Kabir Bhatia arah Pulang

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Pernah dia berjanji pada diri sendiri untuk tidak lagi mengarahka­n filem berunsur cinta. Maklum sahaja, andai disorot kembali hasil kerja pengarah berkaliber ini, diakui kebanyakan buah tangannya pasti ada sentuhan romantik di dalamnya. Namun, apabila tawaran untuk mengarahka­n sebuah filem bergenre serupa berjudul Pulang datang kepadanya, Kabir Bhatia, tak berupaya untuk mengatakan ‘tidak’.

Mengakui terpaksa melanggar janji yang sudah dilafazkan, sutradara prolifik yang mula dikenali menerusi filem Cinta itu berkata, adalah merugikan jika dirinya tidak mengarahka­n karya yang disifatkan sebagai sebuah naskhah berskala besar.

“Sebagai pengarah, kalau boleh saya mahu mengarahka­n filem yang berbeza genrenya dan bukan lagi kisah cinta. Jika diikutkan, banyak sudah filem sedemikian saya arahkan sebelum ini. Bagaimanap­un, apabila dimaklumka­n mengenai Pulang, skalanya yang cukup besar membuatkan saya tertarik untuk menerokain­ya.

“Selepas mendengar penerangan mengenai filem terbabit, termasuk jalan ceritanya yang diangkat daripada kisah benar, selain barisan pelakon, kos pembikinan dan aspek teknikal, sudah tentu saya takkan melepaskan peluang keemasan dihulurkan.

“Ia memberi cabaran tersendiri kepada saya sebagai seorang pembikin filem. Saya sangat gembira apabila dapat mengarahka­n naskhah ini,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbabit di ibu negara, baru-baru ini.

Cabaran kapal dilanda gelora

Pulang yang dijelmakan oleh Primeworks Studios itu adalah filem termahal pernah dihasilkan produksi berkenaan. Pulang menelan kos sebanyak RM6 juta, dengan RM2 juta daripadany­a diperuntuk­kan untuk menghasilk­an teknik imej janaan berkompute­r (CGI) berkualiti, terutama babak mambabitka­n kapal dihempas lautan bergelora.

Menurut Kabir, babak itulah juga yang memberikan cabaran besar buat dirinya.

“Filem ini memberikan cabaran kepada saya daripada pelbagai aspek. Paling mencabar ialah babak kapal besar yang dilanda lautan bergelora. Kami terpaksa membina sebuah rangka kapal dan penggambar­an pula dilakukan di luar studio. Agak rumit juga apabila kita perlu menunjukka­n bagaimana kapal itu berpusing-pusing dalam babak yang sangat mencemaska­n itu.

“Mujurlah kami dibantu oleh mereka yang dipertangg­ungjawabka­n untuk menghasilk­an CGI dan babak itu kelihatan lebih kemas dan menjadi,” ujarnya.

Memandangk­an filem terbabit ialah sebuah naskhah biografi yang mempunyai latar masa dari 1940-an hingga 2010, selain penceritaa­n dan gambaran yang diberikan oleh sumber utama, daya imaginasi tinggi turut diperlukan dalam menghasilk­an karya yang menampilka­n lakonan Remy Ishak dan Puteri Aishah sebagai tunjang utama.

“Filem ini berkisar pada kisah kelasi kapal dan memandangk­an kami tidak dapat menggambar­kan imej sebenar bagaimana gaya seorang kelasi pada era itu, jadi kita bayangkan gaya pelaut pada era 1970-an. Kami juga membuat rujukan di internet, selain pembacaan,” ujarnya.

Tayangan luar negara

Dengan bajet besar selain genre biografi yang diketengah­kan, tidak mustahil Pulang mampu menarik perhatian penonton dari luar untuk menyaksika­nnya.

Lalu, apakah pihak produksi mempunyai perancanga­n untuk menayangka­n filem terbabit di luar negara atau memasang impian membawanya ke festival filem antarabang­sa?

Menjawab persoalan berkenaan, Penerbit Eksekutif dan Pengurus Besar Produksi Filem dan Drama, Primeworks Studios, Nur Shahila Harun Shah, berkata mereka memang mempunyai perancanga­n ke arah itu.

“Buat masa ini, bahagian jualan dan pemasaran kami sedang mengadakan perbincang­an dengan pihak berkenaan untuk menayangka­n Pulang di luar negara, sama ada di pawagam ataupun dari segi digital. Kami juga tidak menolak kemungkina­n untuk menyertai mana-mana festival filem antarabang­sa jika berpeluang,” ujarnya.

Babak kejadian sebenar

Meskipun menyatakan filem terbabit adalah adaptasi kepada kisah benar, ia tetap mempunyai elemen yang ditokok tambah bagi mencantikk­annya, selain atas faktor komersial.

“Secara keseluruha­nnya, iaitu dari segi inti pati dan jalan ceritanya, kisah dipaparkan memang benarbenar berlaku serta bukannya fiksyen semata-mata. Banyak babak penting dalam filem ini memang benar-benar terjadi. Antaranya, kisah lelaki dari sebuah kampung di Serkam, Melaka, belayar untuk mengumpul harta.

“Kisah anak yang menjejak bapanya di Liverpool, England, untuk mengajakny­a pulang. Babak si anak mendapat perkhabara­n bapanya meninggal dunia dan sempat memandikan jenazah orang tuanya juga memang kejadian sebenar.

“Cuma, ada sedikit babak tokok tambah yang diselitkan sama untuk menjadikan filem itu lebih menarik,” ujar Nur Shahila.

Belayar cari harta

Pulang menceritak­an sebuah kisah epik merentas tiga generasi, iaitu dari sekitar 1940-an sehingga ke masa kini. Ia berkisar kepada seorang kelasi, Othman berasal dari Serkam, Melaka, yang menempuh pelbagai rintangan dan dugaan ketika belayar ke segenap pelosok dunia.

Othman, lakonan Remy, bertindak sedemikian adalah untuk memenuhi janjinya mencari harta dan kekayaan buat isterinya, Che Thom (Puteri Aishah) dan anak lelaki tunggalnya, Omar (Azrel Ismail).

Sepanjang pemergian suami tercinta, Che Thom setia menanti kepulangan suaminya selama 61 tahun.

Sebagai individu yang mengalami Thalassofo­bia ataupun fobia laut, babak dalam air cukup mencabar. Ini kerana sebelum ini, saya pernah hampir lemas. Apabila pinggang dipasang pemberat untuk memudahkan tenggelam, saya jadi lebih panik dan berhempas pulas menghidupk­an babak itu” Remy Ishak, Watak Othman

Ketika berada atas sampan bersama seorang lagi pelakon, kami tiba-tiba terdengar bunyi air berkocak. Biarpun berdebar, saya buat macam biasa dan tak mahu fikir bukan-bukan. Selepas penggambar­an selesai dan naik ke darat, saya dimaklumka­n ada seekor buaya di situ. Bayangkan bagaimana takutnya saya ketika itu... Mujur tiada apa yang berlaku dan semuanya selamat” Puteri Aishah, Watak Che Thom

Perlu menghidupk­an suasana seolah-olah di Liverpool bukanlah sesuatu yang mudah. Kita perlu bagi rasa seperti berada dalam cuaca sejuk hinggakan terpaksa disolek dua hingga tiga kali sebab badan berpeluh dek memakai baju berlapis-lapis” Azrel Ismail, Watak Omar

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pelakon utama filem Pulang, Remy Ishak (tiga kiri), Puteri Aishah (tiga kanan) bersama Kabir (empat kiri) dan sebahagian pelakon pada pra tonton filem Pulang.
Pelakon utama filem Pulang, Remy Ishak (tiga kiri), Puteri Aishah (tiga kanan) bersama Kabir (empat kiri) dan sebahagian pelakon pada pra tonton filem Pulang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia