Berita Harian

Guru selamatkan rakan maut dalam kebakaran

Dua kuarters guru Sekolah Kebangsaan Batu Bungan hangus dalam kebakaran pada jam 5 pagi di Mulu, semalam. Dalam kejadian itu guru sekolah berkenaan, Catherine Janet Tiwi (gambar kecil) yang cuba menyelamat­kan rakannya maut kerana terperangk­ap dalam kuarte

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my Kuching

Luluh hati seorang bapa apabila menerima panggilan rakan setugas memaklumka­n anak perempuann­ya terkorban dalam kebakaran di kuarters kediaman guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan di Mulu, semalam.

Pegawai Bomba Kanan II, Tiwi Nios, 53, berkata sepanjang tempoh perkhidmat­annya, hampir setiap hari beliau menerima panggilan kecemasan, terutama membabitka­n kebakaran.

Bagaimanap­un, katanya, panggilan daripada pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, pada jam 6 pagi semalam, hampir menyentap semangatny­a.

“Saya tergamam seketika apabila diberitahu anak perempuan saya, Catherine Janet, 25, terkorban dalam kejadian itu.

“Pada mulanya, saya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang saya dengar, namun akhirnya menerima hakikat kerana selama ini sering melihat kejadian sama dan tidak sangka ia berlaku terhadap anak saya pula,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, semalam.

Sebaik menerima maklumat itu, Tiwi yang bertugas di BBP Bau, berusaha mendapatka­n tiket penerbanga­n ke Miri.

Tiada perubahan sikap

Tiwi berkata, Catherine yang juga anak kedua itu adalah satu-satunya anak perempuan daripada empat beradik.

“Anak saya itu baru balik semula ke sekolah tempatnya bertugas pada Jumaat lalu selepas menyelesai­kan urusan untuk menyambung pengajian pada peringkat Sarjana di Kota Samarahan.

“Sebelum balik ke Miri, beliau cukup ceria, namun tidak menunjukka­n sebarang perubahan sikap,” katanya sambil memaklumka­n anaknya itu baru dua tahun bertugas sebagai guru.

Perbualan terakhir

Beliau berkata, sebagai anak perempuan tunggal, Catherine rapat serta manja dengan ibunya, malah pada jam 6 petang kelmarin, beliau menghubung­i ibunya untuk bertanya khabar.

“Isteri saya kata, sepanjang perbualan mereka, Catherine kedengaran cukup ceria dan bergurau dengan ibunya. Tak sangka, itulah perbualan terakhir mereka,” katanya.

Difahamkan, Catherine yang bertugas di SK Penghulu Baya Mallang, menginap bersama beberapa rakan setugasnya di SK Batu Bungan, kerana mereka sedang menghadiri kursus di Mulu.

Dua lagi mangsa turut cedera dalam kebakaran kira-kira jam 5 pagi itu yang memusnahka­n dua unit kuarters guru.

 ?? [ FOTO JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ] ??
[ FOTO JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ]
 ?? [FOTO IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT] ?? Keadaan kebakaran di kuarters kediaman guru di SK Batu Bungan di Mulu, semalam.
[FOTO IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT] Keadaan kebakaran di kuarters kediaman guru di SK Batu Bungan di Mulu, semalam.
 ??  ?? Anggota Bomba dan Penyelamat serta Unit Udara Bomba membawa mayat Catherine (gambar kecil) ke hospital Miri untuk bedah siasat.
Anggota Bomba dan Penyelamat serta Unit Udara Bomba membawa mayat Catherine (gambar kecil) ke hospital Miri untuk bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia