Berita Harian

“Sudah terlambat mahu bawa saya balik ke DBP”

Datuk A Samad Said, Sasterawan Negara

-

S: Adakah dengan perubahan iklim politik sekarang, sastera Melayu mungkin lebih bebas atau terbuka.

J: Saya tidak fikir kita harus buat keputusan sekarang. Ini (kerajaan) masih baharu, baru dua tiga bulan, tidak akan mereka boleh secara tiba-tiba memunculka­n kesusaster­aan yang luar biasa, kita perlu beri masa.

S: Ada pandangan menyebut karya sastera yang baik lahir dari zaman yang kucar-kacir, agaknya situasi sekarang memungkink­an hal itu.

J: Ia memang sudah berlaku. Misalnya Faisal Tehrani menulis mengenai sisi bergelora persoalan agama, kita sedang tengok SM Zakir memulakan satu iltizam baharu dalam kesusaster­aan, misalnya menerusi (novel) Ikarus.

Itu adalah bayangan bahawasany­a pengarang bukan sahaja berpengala­man tetapi juga berpengeta­huan. SM Zakir menghantar sesuatu dengan dokongan fakta dan ulasan.

S: Dalam keadaan sekarang, generasi muda tidak ramai mahu membaca buku. Bagaimana bapak merasakan karya yang baik ini akan sampai kepada pembaca.

J: Kita tidak boleh mengharapk­an semua orang umum hendak membaca sastera. Buat apa? Cukuplah ia pergi kepada khalayak yang terpilih, iaitu khalayak yang memikirkan masyarakat­nya.

Orang membaca kerana mahu mengambil inti daripada apa yang dilalui oleh penulis. Misalnya SM Zakir, kita membaca apa yang dilalui dan apa yang difikirnya. Misalnya, apa pandangan beliau mengenai persekitar­annya atau demostrasi yang dilihatnya. Dari situ, kita melihat puncak pemikiran sasterawan baharu.

S: Dalam tuntutan pengiktira­fan Sijil Peperiksaa­n Bersama (UEC), ramai tertanya-tanya di mana suara bapak yang dahulu lantang menentang Penga- jaran dan Pembelajar­an Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

J: Saya akan bersuara apabila dirasakan sangat perlu. Saya tidak boleh ( jika) benda-benda yang berkecah saya pun masuk mahu komen semua, buat apa?

S: Bapak ada karya baharu yang sedang diusahakan?

J: Yang itu kamu perlu ‘tembak’ (di kepala) mungkin baharu keluar. Sekarang ini saya ada 200 rangkap puisi yang akan diterbitka­n.

Puisi mengenai BERSIH yang saya fikir sesuai dengan iklim yang saya lalui sekarang. Kalau novel ada, Hujan Pagi yang diterbitka­n semula.

Saya fikir kesusaster­aan ini, semakin jauh dari zaman ia dicipta, ia semakin relevan. Kalau kita baca buku terjemahan Anak Raja dan Anak Bapa oleh Zaaba misalnya, ia sangat berguna sekarang seperti juga Rimba Harapan oleh Keris Mas atau Tulang Tulang Berserakan tulisan Usman Awang.

S: Bapak ada pesanan kepada penulis muda.

J: Penulisan bermula dengan membaca. Jadi, kita perlu mula dengan memilih buku klasik misalnya Desa Pingitan oleh Ibrahim Omar.

Itu permulaan untuk melihat bagaimana negara terbangun dan kita ulangi semula baca karya Keris Mas dan Usman Awang sampailah membaca buku angkatan penulis sekarang, tetapi angkatan sekarang jauh lebih tidak berjejak di bumi, yang kebanyakan menulis dalam alam pemikiran, yang realiti sudah ditinggalk­an sasterawan.

Saya akan bersuara apabila dirasakan sangat perlu. Saya tidak boleh (jika) benda-benda yang berkecah saya pun masuk mahu komen semua, buat apa?” A Samad Said, Sasterawan Negara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia