Berita Harian

BN tak perlu peruntukan besar berkempen: Najib

Guna pendekatan mesra rakyat, kempen secara sederhana

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Tharanya Arumugam news@nstp.com.my

Barisan Nasional (BN) tidak memerlukan peruntukan yang besar untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BN sebaliknya menggunaka­n pendekatan mesra rakyat dan berkempen secara sederhana.

“Kita tidak memerlukan wang yang banyak kerana kempen kali ini, kita menggunaka­n wang yang minimum, sederhana tetapi lebih mesra dan menyentuh hati rakyat.

Beri MCA, MIC ruang

“Kita tidak menganjurk­an perjumpaan besar-besaran dengan jamuan, khemah dan sebagainya, tetapi lebih mesra rakyat,” katanya ketika ditemui selepas turun berkempen bagi membantu calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, di sini, semalam.

Ditanya mengenai ketiadaan jentera MCA dan MIC dalam membantu calon BN di PRK Sungai Kandis, Najib berkata, dua parti komponen itu perlu diberi ruang dan masa menstruktu­r kembali parti masing-masing bagi memulihkan semangat dan kepemimpin­an mereka.

“Kita faham mereka melalui satu keadaan yang mana mereka cuma menang satu kerusi Parlimen bagi MCA dan MIC dengan dua kerusi Parlimen.

“Jadi, dalam keadaan sedemikian mereka terpaksa melihat kepada proses muhasabah diri, apa kelemahan mereka dan memulihkan semula semangat serta kepemimpin­an mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata, walaupun UMNO dilihat berseorang­an berdepan PRK Sungai Kandis, ada antara pemimpin MIC yang turun padang membantu berkempen untuk calon BN.

“Kita bagi tempoh untuk mereka namun ada juga pemimpin MIC datang membantu kempen kita,” katanya.

Terdahulu, Najib bersama Lokman melawat 10 kediaman penduduk di Kampung Sungai Kandis di sini sempena program Kunjungan Kasih.

Kejutan kek hari jadi

Najib turut melawat bilik gerakan calon BN selain diberi kejutan dengan kek sempena sambutan hari jadinya Isnin lalu.

Mengulas mengenai kemungkina­n kerjasama UMNO-PAS, Najib berkata, perkara itu perlu diputuskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. UMNO tahu apa yang perlu atau mesti dilakukan untuk menang dalam PRK itu.

Ditanya sama ada PAS perlu memainkan peranan membantu kempen BN kerana keduadua parti memperjuan­gkan agenda Melayu-islam, Najib berkata, beliau berpendapa­t dalam kalangan penyokong PAS, mereka melihat komitmen UMNO terhadap Islam jauh lebih besar daripada Pakatan Harapan (PH).

Kita tidak menganjurk­an perjumpaan besar-besaran dengan jamuan, khemah dan sebagainya, tetapi lebih mesra rakyat” Najib Razak, Bekas Perdana Menteri

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] ?? Najib diiringi Lokman beramah mesra dengan murid Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis ketika turun padang berkempen di Shah Alam, semalam.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] Najib diiringi Lokman beramah mesra dengan murid Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis ketika turun padang berkempen di Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia