Berita Harian

NURUL IZZAH PERTAHAN JAWATAN NAIB PRESIDEN PKR

-

Kuala Lumpur: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, akan mempertaha­nkan jawatannya menjelang pemilihan kepemimpin­an tertinggi parti November ini.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata keputusan itu disuarakan Nurul Izzah dalam satu pertemuan bagi membincang­kan pelbagai perkara termasuk proses pemilihan parti, minggu lalu.

Rafizi bagaimanap­un berkata, keputusan muktamad dan butiran lanjut berhubung perkara itu seeloknya diajukan kepada empunya diri.

“Nurul, saya ada duduk berbincang. Beliau tahu kita nak umum (tanding Timbalan Presiden dan senaraikan ahli Majlis Pimpinan Pusat).

“Bagaimanap­un, untuk (keputusan bertanding) Naib Presiden, saya tidak boleh dahului (Nurul Izzah).

“Kalau saya tidak berbincang dengan beliau, saya tidak akan kata apa-apa. Bagi mengelak salah lapor, baik tanya beliau sendiri,” katanya kepada pemberita, semalam.

Terdahulu, Rafizi mengumumka­n 18 barisan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang menyebelah­i ‘Kem Reformasi 20 Tahun’ menjelang proses pen- calonan mulai minggu depan dan dijangka ditutup pada 5 Ogos ini.

Nurul Izzah sebelum ini dilaporkan masih ‘mengunci mulut’ berhubung percaturan dirinya menjelang pemilihan PKR, sebaliknya menyifatka­n keputusan berkenaan tidak perlu dibuat dalam keadaan terburu-buru.

Sementara itu, calon Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail, berkata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presidenny­a, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak membayangi mana-mana calon untuk membentuk kumpulan sendiri dalam pemilihan parti akhir bulan depan.

Katanya, penubuhan kumpulan ‘Reformasi 20 Tahun’ diketuai Rafizi juga bebas daripada pengaruh langsung Anwar.

Beliau yang turut berada dalam kumpulan itu berkata, calon yang tersenarai dalam kumpulan itu dipilih oleh Rafizi dan mereka menyertain­ya dengan kerelaan sendiri.

“Tidak timbul persoalan perlu mendapat restu daripada Anwar atau pucuk pemimpin (membentuk kumpulan). Saya fikir ini adalah demokrasi dalam pemilihan parti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia