Berita Harian

RAFIZI DAKWA ADA PEMIMPIN PKR LUPA DIRI, PINGGIR PERJUANGAN BELA RAKYAT

Naib Presiden PKR anggap segelintir pemimpin parti pinggir perjuangan bela rakyat

- Oleh Mohd Anwarpatho Rohman dan Luqman Arif Abdul Karim

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, mendakwa segelintir pemimpin parti itu yang diangkat menjadi ‘orang besar’ mulai lupa diri dan meminggirk­an perjuangan membela rakyat.

Katanya, perlakuan itu tidak ubah seperti UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang akhirnya menyaksika­n rakyat menolak mereka secara besar-besaran pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Jangan selesa kerana ada yang tiba-tiba sudah jadi menteri, setiausaha politik, jadi seperti UMNO dan BN... tidak kenal orang kanan dan kiri.

Usah berasa selesa

“Bila sudah menang duduk dalam kereta besar, dapat banyak peruntukan, berhenti jadi parti yang memperjuan­gkan akar umbi rakyat,” katanya berucap pada majlis memperkena­lkan barisan calon akan bertanding pada pemilihan PKR akhir bulan depan, semalam.

Rafizi turut mengumumka­n penubuhan kumpulan ‘Reformasi 20 Tahun’ yang menggabung­kan beberapa pemimpin PKR untuk bertanding pada pemilihan parti itu.

Beliau berkata, PKR tidak boleh berasa selesa selepas menjadi kerajaan hingga menghilang­kan citra parti pelbagai kaum yang memperjuan­gkan reformasi.

“Kita perlu kekalkan perjuangan seperti sebelum menjadi kerajaan. Kita kena tumpukan kepada usaha membantu orang bawah.

“Kita kena terus ceramah di peringkat bawah, buka lebih banyak ranting, bina kekuatan parti seolah-olah tidak menang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia