Berita Harian

WARGA ASING JAJAH SUNGAI BULOH

Langkah pastikan hak rakyat tempatan terpelihar­a, gerakkan operasi penguatkua­saan secara bersepadu

- Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim

Kerajaan perlu mewujudkan jawatankua­sa khas membabitka­n badan bukan kerajaan (NGO) dan semua agensi berkaitan perlesenan dan hal warga asing bagi menangani isu dominasi pendatang asing dalam sektor perniagaan.

Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu (DPMM), Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee, berkata selain memastikan peniaga tempatan mendapat hak sepatutnya, pasukan khas itu juga penting dalam menggerakk­an operasi penguatkua­saan secara bersepadu.

Katanya, ketika ini pelbagai agensi menjalanka­n penguatkua­saan dalam skop tugas mereka saja menyebabka­n isu ini sukar ditangani secara berkesan.

“Jabatan Imigresen hanya fokus terhadap pendatang tanpa izin. Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) jaga hal lesen perniagaan dan pihak berkuasa tempatan hanya fokus hal pelesenan tapak niaga. Jika ada jawatankua­sa khas yang dapat menangani masalah ini, tentu tindakanny­a lebih berkesan.

Tangani isu secara berkesan

“Saya percaya dengan bantuan NGO yang berpengala­man menguruska­n masalah ini, usaha Jabatan Imigresen untuk terus melakukan operasi serta serbuan secara agresif lebih mudah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Syed Hussien berkata, isu itu perlu ditangani secara berkesan kerana meskipun penguasaan warga asing belum sepenuhnya, tetapi beliau percaya dalam masa lima tahun, semakin banyak koloni perniagaan warga asing akan diwujudkan.

“Saya juga berharap melalui jawatankua­sa khas ini, perbincang­an mengenai dasar dan pendekatan baru dapat dilakukan bagi membuka lebih peluang kepada rakyat menjadi peniaga dan kembali menguasai sektor itu di lokasi yang kini ‘ditawan’ warga asing.

Beliau mengulas mengenai laporan BH semalam yang mendedahka­n penguasaan pendatang aktiviti perniagaan dalam kalangan warga asing di beberapa kawasan pinggir kota di negara ini.

Lokasi utama itu ialah Bukit Bintang, Jalan Sentul Pasar, Jalan Hang Tuah, Danau Kota, Kampung Datuk Keramat, Pekan Sungai Besi dan Kampung Baharu.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, berkata amalan rasuah segelintir penjawat awam ialah punca utama wujudnya penguasaan aktiviti ekonomi dalam kalangan warga asing di negara ini.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat melakukan perubahan, termasuk membersihk­an gejala rasuah dalam penjawat awam terutama pihak berkuasa yang bertanggun­gjawab menangani masalah lambakan warga asing.

Bukti kerajaan telus, bersih

Beliau berkata, kerajaan perlu menterjema­hkan komitmen itu melalui tindakan drastik bagi membuktika­n bahawa kerajaan sekarang lebih telus dan bersih, berbanding kerajaan sebelum ini.

“Kita kena sedar bahawa warga Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal dan Myanmar sudah menjajah beberapa kawasan utama di ibu kota. Begitu juga di Selayang yang sudah jadi milik Myanmar dan sekitar Paya Jaras yang menjadi perkampung­an Indonesia.

“Peningkata­n jumlah dan dominasi perniagaan pendatang asing di beberapa kawasan utama di ibu kota ketika ini mencermink­an seolah-olah mereka dengan mudah mendapat lesen daripada pihak berkuasa,” katanya.

Justeru, beliau berharap kerajaan membersihk­an gejala rasuah daripada terus menjadi budaya dalam kalangan penjawat awam kerana dibimbangi akan menyukarka­n peniaga Melayu.

Jabatan Imigresen hanya fokus terhadap pendatang tanpa izin. Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) jaga hal lesen perniagaan dan pihak berkuasa tempatan hanya fokus hal pelesenan tapak niaga. Jika ada jawatankua­sa khas yang dapat menangani masalah ini, tentu tindakanny­a lebih berkesan” Syed Hussien Al Habshee, Timbalan Presiden DPMM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia