Berita Harian

Pekerja mogok, hakim cuci mahkamah

200 bekerjasam­a atasi isu pekerja pembersiha­n mogok

- Oleh Hasbi Sidek dan Siti A’isyah Sukaimi

Kira-kira 200 kakitangan, pegawai dan hakim di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini menjalanka­n program gotong-royong membersihk­an kompleks berkenaan pagi semalam.

Program itu susulan kira-kira 120 pekerja pembersiha­n di kompleks itu melancarka­n mogok sejak dua minggu lalu kerana kontraktor pembersiha­n tidak membayar gaji mereka.

Gotong-royong yang turut disertai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum itu bermula seawal jam 8.30 pagi dengan melakukan kerja-kerja seperti mengemop lantai, mengelap pintu cermin, membuang sampah, membersihk­an kawasan kafe dan mencuci tandas.

Tinjauan NSTP di sekitar kompleks berkenaan sebelum kerja gotong-royong dijalankan mendapati kawasan kafe dilihat paling terjejas dengan keadaan pinggan mangkuk dibiarkan tanpa dicuci.

Adakan perbincang­an

Yang turut serta dalam gotong royong itu ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim; Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjay­a Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sementara itu, Zaharah berkata, pihaknya berusaha menyelesai­kan masalah itu dalam masa terdekat dengan mengadakan perbincang­an bersama syarikat kontraktor bagi memastikan isu sama tidak berulang.

Menurutnya, pihaknya sudah mengadakan perbincang­an bersama syarikat kontraktor pembersiha­n, Perfect Three Solution Sdn Bhd, semalam bagi mengenal pasti punca insiden itu.

“Ini lebih kepada salah faham mengenai apa yang dijanjikan berbanding dengan apa yang dilaksanak­an. Hari ini (semalam), kita melakukan perbincang­an dengan syarikat kontraktor terbabit dan kita harap apa sahaja masalah berbangkit akan diselesaik­an esok,” katanya.

Jumaat lalu, NST melaporkan, hakim, majistret dan kakitangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjalanka­n kerja pembersiha­n sendiri termasuk menyapu lantai dan mencuci tandas selepas 20 pekerja pembersiha­n mogok sejak Ramadan lalu.

Sumber dipetik berkata, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana difahamkan kerajaan sudah membayar kepada syarikat pembersiha­n berkenaan.

Kontrak berakhir Disember

Difahamkan kontrak dengan syarikat pembersiha­n itu berakhir pada Disember tahun ini.

Di Putrajaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin sudah mengarahka­n pegawai khasnya untuk mendapatka­n laporan penuh berhubung dakwaan pekerja pembersiha­n melancarka­n mogok.

“Saya sudah mengarahka­n pegawai saya untuk mendapatka­n laporan penuh daripada pegawai yang berkenaan.

“Saya mahu laporan penuh dan telus, tiada yang berselindu­ng,” katanya dalam kenyataan ringkas, semalam.

 ??  ??
 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Richard (kiri) ketika menyertai aktiviti gotong-royong membersihk­an kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Richard (kiri) ketika menyertai aktiviti gotong-royong membersihk­an kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia