Berita Harian

Kerajaan nafi henti perluasan Mahkamah Jenayah Seksual

-

Sandakan: Kerajaan menyangkal dakwaan kononnya akan memberhent­ikan perluasan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata belum ada perbahasan atau soalan mengenai perkara itu dilakukan di Dewan Rakyat setakat ini.

“Saya dimaklumka­n ada pemimpin Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Azalina (Datuk Seri Azalina Othman), membangkit­kan perkara itu tetapi saya tiada menyebut mahkamah itu akan dimansuhka­n di Parlimen.

“Saya belum berbahas, belum menggulung bagi pihak kerajaan dan tidak ingat ada menjawab soalan sedemikian di Parlimen,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Kesyukuran dan Perasmian Pusat Perkhidmat­an Rakyat Batu Sapi di sini, semalam.

Minta sahkan dakwaan

Sebelum ini, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, meminta kerajaan mengesahka­n dakwaan perluasan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak di negara ini akan dihentikan.

Sementara itu dalam ucapannya, Vui Keong yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, berkata pilihan raya kecil mungkin diadakan jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman dan anaknya, Yamani Hafez Musa yang juga Ahli Parlimen Sipitang, tidak mengangkat sumpah dalam tempoh tiga bulan.

Katanya, kedua-duanya berdepan kemungkina­n hilang kelayakan menjadi ADUN dan Ahli Parlimen di kawasan dimenangi sekiranya tidak mengangkat sumpah dalam tempoh tiga bulan dari 11 Jun iaitu Majlis Angkat Sumpah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan 16 Julai iaitu Majlis Angkat Sumpah di Dewan Rakyat.

“Kita serahkan kepada mereka untuk membuat keputusan sama ada mahu pulang (ke tanah air) atau tidak.

“Jika tidak mahu pulang ke Sabah, itulah akibatnya (kerusi dikosongka­n),” katanya.

Sebelum ini, Musa dilaporkan berada di United Kingdom untuk rawatan perubatan manakala Yamani dikatakan turut berada di sana.

Saya belum berbahas, belum menggulung bagi pihak kerajaan dan tidak ingat ada menjawab soalan sedemikian di Parlimen” Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia