Berita Harian

Terap konsep kekeluarga­an bantu atasi LGBT

-

Kuala Terengganu: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited menangani masalah berkaitan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgende­r) secara proaktif, tetapi pada masa sama menerapkan konsep kekeluarga­an serta kasih sayang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata pendekatan itu juga diyakini lebih berkesan, berbanding tindakan undang-undang.

“Bagi golongan transgende­r contohnya, 80 peratus daripada mereka terbabit dalam aktiviti seks dan kita perlu keluarkan mereka daripada gejala ini kerana ia lebih penting berbanding isu pemakaian.

Sedia pelbagai program

“Untuk itu, kita adakan pelbagai program proaktif seperti hari ini (semalam) untuk membantu mereka kembali kepada fitrah, sekali gus menangani masalah ini bagi jangka masa panjang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gendar Komtempora­ri 2018 di sini, semalam.

Yang turut hadir EXCO Pembanguna­n Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah.

Dr Mujahid berkata, matlamat utama penganjura­n seminar itu adalah supaya amalan LGBT tidak dianggap biasa.

“Kita ingin bantu golongan ini supaya dapat kembali kepada fitrah dan paling utama supaya mereka dapat berdikari.

“Jika mereka ingin berniaga kita boleh bantu, malah ibu bapa mereka juga kita boleh bimbing bagaimana mendepani masalah ini,” katanya.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI /BH] ?? Mujahid Yusof diiringi Mohd Nor bergambar selepas merasmikan Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gendar Komtempora­ri 2018 di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI /BH] Mujahid Yusof diiringi Mohd Nor bergambar selepas merasmikan Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gendar Komtempora­ri 2018 di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia