Berita Harian

Kulasegara­n nafi keluar kenyataan orang Melayu pendatang

-

Kuala Lumpur: Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n menafikan dakwaan mengatakan beliau mengeluark­an kenyataan bahawa orang Melayu adalah pendatang, manakala orang India sebagai penduduk asal Tanah Melayu.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Ipoh Barat itu menegaskan kenyataan beliau diputar belit oleh pihak tertentu dengan mengabaika­n latar atau konteks yang sebenar.

Beliau berkata, fitnah terhadapny­a ini sengaja dibuat untuk meniupkan isu perkauman, rasis dan propaganda terhadap sejarah Malaysia.

“Saya hadir pada satu majlis agama Hindu di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu dan mengemukak­an pandangan saya yang antara lain menjelaska­n bahawa kita tidak sepatutnya menuduh dan menggelar seseorang atau kaum sebagai pendatang kerana kita sama-sama berkongsi kehidupan di Malaysia.

Tak sentuh orang Melayu

“Dalam majlis berbahasa Tamil itu, saya tidak menyebut sama sekali mengenai orang Melayu. Sudah tentu tuduhan kononnya saya mengatakan orang Melayu adalah pendatang satu fitnah dan pembohonga­n semata-mata.

“Apa yang saya jelaskan dalam majlis itu adalah orang India sudah berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu. Hindu dibawa oleh orang India ke Tanah Melayu. Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutama penemuan Sungai Batu di Kedah membuktika­n hal ini,” katanya.

Kenyataan itu dimuatnaik di Facebookny­a kelmarin bagi memperjela­skan dan seterusnya menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa Melayu adalah golongan pendatang di negara ini dan penduduk asal adalah penganut agama Hindu.

Beliau berkata, semua bukti mengenai kedatangan Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dengan penemuan banyak kuil di kawasan itu.

Tak adil India digelar pendatang

Laporan disiarkan sebuah akhbar tempatan itu dibuat berdasarka­n rakaman video dimuat naik dalam Youtube dan Kulasegara­n memberi ucapan dalam bahasa Tamil.

Kulasegara­n berkata, tidak adil jika orang India digelar sebagai pendatang berdasarka­n faktor sejarah itu.

Ini kerana, katanya, Hindu adalah agama awal yang dianuti penduduk tempatan di Tanah Melayu dan nusantara sebelum berkembang kepada ajaran Buddha dan sehinggala­h Islam dibawa ke rantau ini dan menjadi popular pada abad ke-15.

“Transmigra­si pula adalah proses semula jadi yang berlaku di seluruh dunia. Pelbagai kaum saling berhijrah ke merata dunia mengikut keperluan dan suasana semasa. Begitu juga dengan Tanah Melayu, Malaysia, India, China dan banyak lagi.

“Semua ini adalah fakta sejarah. Jadi, apa yang saya mahu tekankan ialah sejarah patut diajar dengan fakta yang benar. Ini penting supaya setiap warga Malaysia tahu sejarah kita sendiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia