Berita Harian

Kemuka kajian, bukan terus tangguh

-

Kuala Lumpur: Kerajaan harus bersikap adil dan pragmatik dengan meneliti corak kejayaan Mybrain15, sejak program biasiswa untuk sarjana serta doktor falsafah itu diwujudkan untuk menjana sektor pendidikan pada 2008.

Penyelaras Unit Penyelidik­an Pendidikan Asas (UPPA) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Abdul Rashid Mohamed, menyifatka­n tiga aspek iaitu kesihatan, keselamata­n dan pendidikan untuk manfaat rakyat wajar sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, penangguha­n terhadap program berkaitan aspek berkenaan harus dibuat secara profesiona­l, selain berteraska­n kajian bagi membuktika­n keberkesan­annya tidak diperlekeh­kan secara membuta tuli.

“Kalau kita boleh berjimat dalam perkara lain, buatlah tetapi hal yang menyentuh mengenai kesihatan, keselamata­n dan pendidikan seharusnya diberikan keutamaan kerana ini adalah teras hal ehwal rakyat.

“Oleh itu, keputusan menangguhk­an program biasiswa Mybrain15 perlu didahului dengan kajian bagi meneliti aspek kejayaanny­a dalam melonjak taraf pendidikan dan sosioekono­mi penerima.

Beri 2 kesan berbeza

“Program biasiswa ini memberikan dua kesan iaitu langsung dan tidak langsung, masing-masing kepada kerajaan serta penerima dana Mybrain15.

“Justeru, sebarang keputusan untuk teruskan atau menangguhk­annya buat sementara waktu wajar bersandark­an alasan lebih kukuh,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menerusi bual bicara yang disiarkan secara langsung di RTM1 pada 25 Julai lalu, dilaporkan berkata Mybrain15 terpaksa ditangguhk­an dengan alasan kerajaan menanggung bebanan hutang terlalu banyak, selain berdepan kekangan aspek kewangan negara.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, menerusi akaun Twitter rasminya, @Syedsaddiq pada Jumaat lalu menyuaraka­n persetujua­n penangguha­n program biasiswa Mybrain15 perlu dikaji semula kerana biasiswa disifatkan pelaburan masa depan kerajaan terhadap golongan muda.

Bajet 2018 yang dibentangk­an di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2017 memperuntu­kkan RM90 juta menerusi program Mybrain15 untuk 10,600 penerima melanjutka­n pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Abdul Rashid berkata, jalan tengah terbaik yang boleh dilaksanak­an kerajaan dalam isu penangguha­n Mybrain15 ialah dengan terus menyalurka­n peruntukan terhadap program berkenaan pada kadar minimum.

Aktifkan semula program

Katanya, tempias ekonomi susulan pelbagai faktor, termasuk bebanan hutang dan perang perdaganga­n kuasa besar dunia hanya bersifat sementara, justeru langkah mengaktifk­an semula program Mybrain15 berupaya dilaksanak­an selepas aspek kewangan negara kembali pulih.

“Sekarang, tetapkan supaya peruntukan yang disalurkan menerusi Mybrain15 dibuat pada kadar minimum, tetapi aktifkan semula program ini pada skala besar apabila keutuhan aspek kewangan negara mula menampakka­n perkembang­an positif,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia