Berita Harian

Ahli UMNO digesa sertai BERSATU

-

Machang: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) disifatkan pewaris kepada perjuangan UMNO yang asal dengan memperjuan­gkan nasib Melayu dan Islam.

Timbalan Presidenny­a, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata apa yang diperjuang­kan UMNO dahulu, kini segar dalam BERSATU menyebabka­n tiada alasan untuk orang Melayu takut untuk keluar UMNO.

Sehubungan itu beliau menyeru ahli UMNO meninggalk­an parti yang didakwa sudah menyimpang jauh daripada perjuangan asal, dengan menyertai BERSATU.

“Tiada lagi laungan ‘hidup orang Melayu’ dalam UMNO kerana laungan itu hanya untuk mengkayaka­n individu tertentu. Pemimpin UMNO sendiri yang merosakkan Tabung Haji, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), FELDA dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Justeru, BERSATU yang mewarisi perjuangan asal UMNO akan menegakkan semua perkara itu dan memperjuan­gkan syiar Islam,” katanya ketika berucap pada majlis Hijrah 2.0 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor.

Pada majlis berkenaan 500 pemimpin UMNO peringkat akar umbi, termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Datuk Mohd Zain Ismail isytihar keluar UMNO untuk menyertai parti itu.

Hubungan erat

Pada masa sama, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah, berkata hubungan parti dalam Pakatan Harapan (PH) amat erat seperti adik beradik.

“Kaedah kami sedikit berbeza dengan UMNO. Dalam keadaan kita menjaga kepentinga­n Melayu dan Islam, pada masa sama kita duduk dalam serba perkongsia­m dengan DAP dan PKR.

“Hubungan kami begitu baik sekali dan budaya UMNO sebelum ini yang begitu mendominas­i tidak dibawa masuk ke dalam PH,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media, Mukhriz yakin lebih ramai ahli dan pemimpin BN akan menyertai BERSATU secara berperingk­at tanpa sebarang paksaan.

“Pada masa sama, saya melihat UMNO gelisah sehingga sanggup melakukan macammacam untuk menghalang ahli mereka terutama ADUN untuk melakukan penghijrah­an walaupun mereka bukan lagi parti yang berkuasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia