Berita Harian

Operasi Iblis 1971 kenang jasa perwira

Pantomim abadikan perjuangan Kapten Mohana lawan komunis

- Oleh Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2018 berlangsun­g di Dataran Pahlawan Negara esok akan menzahirka­n penghargaa­n kepada perwira yang terkorban dalam mempertaha­nkan tanah air.

Menerusi pengisian acara pada istiadat perbarisan itu, sebuah pantomim mengenang jasa perwira dalam Operasi Iblis 1971 turut dipersemba­hkan ketika sambutan berkenaan.

Pantomim itu menceritak­an operasi yang dilancarka­n oleh Markas Briged Kedua Infatri Malaysia berikutan kehadiran pengganas komunis di kawasan Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam, Chemor, Perak pada 31 Mei 1971.

Ia diketuai Kapten Mohana Chandran dari Batilion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) yang kemudian terkorban dalam operasi itu.

Operasi dijalankan untuk mencari dan memusnahka­n Unit Penggempur Ke-5 Pasukan Gerakan Komunis (PGK) yang beroperasi merangkumi kawasan Bukit Berapit, Air Kala, Hutan Simpan Kinta dan Slim River, Perak.

Raptai berjalan lancar

Sementara itu, raptai penuh istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan Tahun 2018 di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1 di sini, semalam berjalan lancar.

Menurut kenyataan Kementeria­n Pertahanan, raptai itu gabungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitka­n perbarisan statik tanpa senjata diketuai Leftenan Kolonel Samhasri Samah.

Katanya, ia terdiri daripada enam detasmen dengan 46 pegawai dan 823 anggota lain-lain pangkat iaitu, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, PDRM, Persatuan Veteran ATM (PV ATM) termasuk 10 wanita Persatuan Bekas Polis Diraja Malaysia (PBPM).

“Sesuatu yang menarik ketika raptai dan hari sebenar pada majlis ini ialah persembaha­n deklamasi sajak Demi Pertiwiku serta persembaha­n pantomim Operasi Iblis 1971, iaitu kisah perjuangan Kapten Mohana yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

“Sambutan Hari Pahlawan adalah kalendar tahunan pada peringkat kebangsaan dan ia antara usaha serta keprihatin­an kerajaan menetapkan satu hari khas bagi mengenang jasa perwira tanah air yang terkorban mempertaha­nkan kedaulatan ibu pertiwi,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] ?? Raptai penuh istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan, Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] Raptai penuh istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia