Berita Harian

Panik gegaran ketika sarapan

Pendaki Malaysia imbas detik cemas bencana gegarkan Lombok

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

“Bunyi kuat yang menakutkan berserta gegaran ketika kami sedang bersarapan pagi, membuatkan kumpulan pendaki panik dan tergamam,” kata Khairul Azim.

Khairul, 32, adalah di antara 13 pendaki Malaysia, yang berada di Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia ketika gempa bumi bermagnitu­d 6.4 menggegark­an pulau itu, awal pagi semalam.

Katanya, beliau mengetuai kumpulan pendaki Langkawi Island Hikers, Majlis Bandaraya Alor Setar dan Group Kampar, ketika itu berada di Base Camp Savana.

“Kejadian berlaku kira-kira lima minit, gegaran kuat disertai bunyi yang menakutkan ketika sarapan pagi itu menyebabka­n kami semua panik.

Tiba di Base Camp Savana

“Namun, kami bernasib baik kerana sudah tiba di Base Camp Savana dan dalam perjalanan turun dari gunung berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR) melaporkan yang seramai 788 pendaki, mendaftar diri untuk mendaki gunung setinggi 3,726 meter berkenaan sejak Jumaat lalu.

Badan Nasional Penanggula­ngan Bencana Indonesia, melaporkan gempa bumi itu menyebabka­n lebih 1,000 kediaman di Pulau Lombok terutama bahagian Timur dan Utaranya mengalami kerosakan teruk.

Khairul berkata, kumpulan pendaki yang diketuainy­a tiba di Base Camp mulai tengah malam kelmarin selepas menawan puncak Gunung Rinjani.

“Kami bernasib baik kerana sudah turun dari gunung berkenaan, jika dilihat dari Base Camp ini debu amat banyak di puncak berkenaan.

“Kami kini sudah tiba di Base Camp Sembalun dan banyak rumah yang rosak teruk akibat gempa bumi yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan diketuainy­a akan berusaha untuk pulang ke Malaysia hari ini, walaupun banyak jalan utama di sekitar Lombok kini mengalami kerosakan.

“Ini adalah pendakian dan pengalaman pertama kami di Gunung Rinjani. Alhamdulil­lah kami semua selamat dan dijangka pulang ke Malaysia esok (hari ini),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Keadaan sekitar kejadian gempa bumi di Pulau Lombok, semalam.
Keadaan sekitar kejadian gempa bumi di Pulau Lombok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia