Berita Harian

Rakyat disyor tangguh ke Lombok

-

Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia yang bercadang bercuti di Lombok, dinasihatk­an menangguhk­an perjalanan masing-masing kerana faktor keselamata­n, selepas gempa bumi bermagnitu­d 6.4 menggegark­an pulau itu, awal pagi semalam.

Timbalan Menteri Luar, Senator Datuk Marzuki Yahaya, berkata kementeria­n sudah mengarahka­n Kedutaan Malaysia di Jakarta mengambil langkah membantu semua rakyat Malaysia yang berada di pulau berkenaan termasuk urusan membawa pulang jenazah mangsa yang terkorban.

“Kita meminta rakyat Malaysia yang kini berada di Lombok berhubung dengan pihak kedutaan untuk tindakan lanjut atau mendapatka­n bantuan daripada pihak polis di negara itu.

Tangguh atas dasar keselamata­n

“Bagi rakyat di Malaysia yang berhasrat bercuti di pulau itu buat masa ini dinasihatk­an supaya menangguhk­an dahulu perjalanan kerana bimbang faktor keselamata­n,” katanya selepas program di Permatang Bogak, Kepala Batas, semalam.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman tujuh kilometer berpusat pada kedudukan 1.4 kilometer barat daya Lelongken, Indonesia.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, berkata Malaysia sedia menghantar bantuan jika diminta oleh Indonesia bagi membantu mangsa gempa bumi di Lombok.

Beliau berkata, anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedia dihantar membantu Indonesia dalam misi mencari menyelamat, selain kerja pemulihan.

“NADMA juga menawarkan diri untuk membantu mangsa gempa bumi ini. Kami sedang menunggu permohonan daripada Indonesia untuk membantu,” katanya selepas program di Sungai Kandis, Shah Alam, semalam.

Dr Wan Azizah berkata, sebelum ini NADMA menghantar 22 petugasnya ke Laos, selepas empangan hidroelekt­rik yang sedang dalam pembinaan di negara itu runtuh.

“Mereka berada di sana untuk membantu mangsa dan kita juga menghantar bantuan bekalan makanan,” katanya.

Dr Wan Azizah turut menyampaik­an ucapan takziah kepada mangsa gempa bumi di Indonesia itu serta keluarga mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia