Berita Harian

Rakyat jangan lupa jasa Kerajaan BN: KJ

-

Klang: Rakyat perlu menilai dan tidak terus melupakan segala jasa kerajaan terdahulu berbanding ‘isu’ yang timbul sejak kebelakang­an ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah melakukan yang terbaik selama 60 tahun mentadbir negara.

“Sepanjang tempoh berkenaan, kita memberi macam-macam kepada rakyat. Jangan lupa apa yang kita bagi itu. Teruk sangat ke kita? Jangan hanya kerana nyamuk, habis satu kelambu dibakar.

“Rakyat perlu akui perkara baik yang dilaksanak­an BN selama ini,” katanya pada ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Taman Setia di sini, malam kelmarin.

Rakyat berhak memilih

Yang turut hadir, Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, biarpun keputusan PRK itu tidak mengubah apa-apa di peringkat negeri atau Persekutua­n, ia satu perubahan dalam meraikan demokrasi subur di Malaysia.

“Rakyat kini mahu melihat faktor sama ada kerajaan yang lemah atau suara pembangkan­g yang kuat. Malaysia kini sama seperti di Amerika Syarikat atau United Kingdom iaitu rakyat berhak memilih dan menukar kerajaan yang diingini mereka hanya dalam tempoh singkat,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, keputusan PRK Sungai Kandis penting bagi memastikan suara pembangkan­g bukan saja bertambah di Selangor, malah menjadi saluran ‘semak dan imbang’.

Intipati ceramah beliau antaranya turut berkait isu manifesto Pakatan Harapan (PH), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Rakyat kini mahu melihat faktor sama ada kerajaan yang lemah atau suara pembangkan­g yang kuat. Malaysia kini sama seperti di Amerika Syarikat atau United Kingdom iaitu rakyat berhak memilih dan menukar kerajaan yang diingini mereka hanya dalam tempoh singkat” Khairy Jamaluddin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia