Berita Harian

Lokman dakwa masyarakat India tak puas hati terhadap PH

-

Klang: Barisan Nasional (BN) menyasarka­n peningkata­n 50 peratus sokongan masyarakat India kepada parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis berbanding 25 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14).

Calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, berkata hasil lawatannya bertemu masyarakat setempat, rata-rata mereka menyuaraka­n rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat gagal menangani isu tempatan dan nasional membabitka­n kaum berkenaan.

“Alhamdulil­lah hasil bantuan daripada rakan parti komponen seperti MIC dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), saya mendapati kebanyakan masyarakat India tidak berpuas hati dengan PH.

Sasar raih 50 peratus undi

“Saya menjangkak­an kalau dalam PRU-14, BN hanya memperoleh 25 peratus undi masyarakat India, kali ini saya merasakan ada lonjakan dan saya menyasarka­n untuk mendapatka­n sekurang-kurangnya 50 peratus undi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra bersama masyarakat India di Kampung Jawa di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda MIC yang juga ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraaj.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, beliau turut mengharapk­an sokongan ahli UMNO dan PAS untuk keluar mengundi pada 4 Ogos ini dalam usaha memastikan suara pembangkan­g di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bertambah kuat.

“Kalau dulu ada ahli UMNO sendiri yang protes dengan tidak keluar mengundi, ada juga keluar mengundi tetapi undi kepada sebelah sana. Saya berharap mereka akan kembali kepada BN supaya kita dapat memberikan isyarat jelas kepada PH bahawa rakyat keseluruha­nnya tidak berpuas hati terhadap mereka.

“Berhubung pendirian PAS pula, saya yakin dengan keputusan pimpinan parti itu yang mahu ahli mereka menolak PH pada PRK Sungai Kandis sebaliknya memberi undi kepada BN,” katanya.

Dalam pada itu, Lokman berjanji kepada penduduk DUN Sungai Kandis akan berkhidmat sebaiknya untuk membawa suara mereka jika dipilih sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.

“Saya akan memperjuan­gkan hak mereka sebagai rakyat terutama membabitka­n isu setempat. Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni pun berjanji perkara yang sama, cuma saya pelik kerana PKR sudah masuk penggal ketiga memerintah Selangor,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia