Berita Harian

Penutupan berkala di Jalan Sungai Besi

-

pembinaan terowong untuk Jajaran Sungai Buloh-serdang-putrajaya terus mencapai kemajuan dengan bahagian terkini keba›nyakannya diliputi formasi batu kapur tebal.

Untuk tempoh dua minggu akan datang, Mesin Pengorek Terowong Ketumpatan Berubah (TBM) akan merentasi Jalan Sungai Besi, gerbang utama yang menghubung­kan pusat bandar dan pinggir bandar Kuala Lumpur.

Pembentuka­n geologi batu kapur memberikan cabaran lebih kompleks bagi operasi TBM. Kerumitan ini boleh menyebabka­n mendapan atas tanah yang boleh menyebabka­n penutupan jalan tidak terancang.

Pengarah Urusan Gamuda Engineerin­g, Datuk Ubull Din Om, berkata walaupun TBM dilengkapi dengan teknologi canggih untuk merentasi laluan bawah tanah yang mencabar, langkah selanjutny­a sudah diambil untuk melindungi orang ramai daripada sebarang kemungkina­n yang tidak diingini.

“Rawatan tanah asas dilakukan secara berperingk­at di kawasan bawah tanah yang menunjukka­n anomali (kejanggala­n), menjelang ketibaan TBM sebagai langkah pencegahan biasa,” katanya.

Rawatan tanah membabitka­n pengepaman sejumlah besar konkrit atau mortar ke kawasan sasaran di bawah tanah untuk kukuhkan tanah sebelum pengorekan.

Ini akan memberi kestabilan lebih tinggi kepada TBM kerana ia melalui blok konkrit pepejal dan bukannya unsur karstic batu kapur yang dilaporkan boleh menjadi tidak menentu ketika operasi galian dijalankan.

Namun, kata Ubull, tidak semua kawasan di sepanjang laluan TBM dapat diakses untuk kerja rawatan tanah dan ini menyebabka­n kewujudan risiko tersembuny­i.

“Selain daripada pemantauan lebih intensif terhadap TBM kerana ia merentasi zon yang sangat sensitif, satu pasukan sudah dibentuk untuk tujuan pemantauan 24/7.

Penyiasata­n meluas

“Pasukan yang dikenali sebagai bull gang ini terdiri daripada kakitangan terbabit dalam penjejakan kecil atas tanah dengan rondaan berjalan kaki bagi membolehka­n siasatan segera dan tindakan diambil untuk merawat tanah dalam masa singkat,” katanya.

Walaupun penyiasata­n meluas dan rawatan tanah dilakukan, risiko mendapan atau lubang di permukaan jalan raya tidak boleh dielak sepenuhnya.

Kata Ubull, buat masa ini tiada rancangan untuk menutup jalan raya sepenuhnya bagi kawasan terjejas.

“Sebagai langkah penjagaan dan memastikan tiada penutupan kecemasan diperlukan, Jalan Sungai Besi akan mempunyai penutupan lorong secara berperingk­at bermula 28 Julai lalu.

“Penutupan dijadualka­n meliputi 50 meter (m) di 13 lorong dan akan dibuat secara berperingk­at dalam tempoh dua minggu dari 28 Julai untuk laluan mesin pertama dan 28 Ogos untuk mesin kedua.

“Jika berlaku kecemasan yang memerlukan penutupan lalu lintas penuh, pengumuman penutupan jalan akan dibuat segera,” katanya.

Bermula 28 Ogos, TBM kedua akan melalui laluan yang sama untuk merentasi Jalan Sungai Besi dan proses penutupan lorong yang sama akan dilaksanak­an.

Pengguna jalan raya dinasihatk­an untuk menggunaka­n laluan alternatif ke Jalan Istana, Jalan Tun Razak dan Seremban untuk mengurangk­an kesesakan lalu lintas dalam tempoh dua minggu apabila setiap mesin merentasi Jalan Sungai Besi.

Untuk maklumat lanjut, pengguna dinasihatk­an menghubung­i 1800-82 6868.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia