Berita Harian

Penyokong PAS buat keputusan 4 Ogos

Sasar kurangkan majoriti undi, beri isyarat kepada PH

- Oleh Syed Umar Ariff

memberi kesan kepada semangat mereka, biarpun parti itu menang dalam PRK berkenaan.

Namun, persoalan yang menghantui keputusan kepemimpin­an PAS malam kelmarin, adakah ahli PAS akan benar-benar mematuhi arahan itu?

Terdahulu, beberapa pemimpin tempatan PAS yang berpengaru­h di kawasan itu, kelihatan berbolak-balik dengan dorongan daripada sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS, iaitu Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahli Jawatankua­sa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz untuk memberikan undi mereka kepada BN.

Pemimpin tempatan PAS ini adalah bekas ketua kampung di negeri itu, yang jawatan mereka dihentikan serta-merta selepas pembentuka­n kerajaan negeri yang baharu di bawah slogan Pakatan Harapan.

Undi hak individu

Seorang daripada mereka yang enggan dikenali, dilaporkan berkata, arahan atau dorongan sedemikian tidak perlu dipatuhi kerana pengundian adalah hak individu.

Yang lain pula dilaporkan berkata, mereka akan membuat keputusan berdasarka­n kepada apa keputusan kepemimpin­an parti terhadap perkara itu.

Dalam minggu pertama kempen, pemimpin PAS Selangor juga menyatakan, kerjasama dengan BN itu hanya terhad kepada keputusan parti itu untuk tidak bertanding.

Ketika itu, keyakinan PAS juga jelas, bahawa ia akan mengundi BN untuk menambah jumlah kerusi pembangkan­g dalam DUN Selangor. Tidak lebih, tidak kurang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia