Berita Harian

285 usahawan wanita sertai taklimat iklan NSTP

-

Johor Bahru: Seramai 285 usahawan wanita di negeri ini menyertai taklimat berhubung kepentinga­n iklan sebagai platform mempromosi­kan produk menerusi pakej iklan ditawarkan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di sini, semalam.

Taklimat itu antara pengisian utama aktiviti pembanguna­n usahawan iaitu Women Independen­ce Successful Entreprene­ur (WISE 2018) anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) selama dua hari berakhir semalam.

Program julung kali diadakan itu turut mendapat kerjasama strategik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pemerkasaa­n Wanita Intelektua­l Johor (JEIWA), Persatuan Perniagaan Usahawanit­a Spa Melayu Johor serta Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan dan Pemikiran Kreatif Malaysia (Pewangi).

Peserta yang juga Pengarah Syarikat Hotspot Caramel Sdn Bhd, Mariam Mohamed, 52, berkata peluang itu memanfaatk­an usahawan wanita Bumiputera dalam memperkasa perniagaan.

Katanya, sebelum ini beliau hanya mengiklan secara dalam talian termasuk media sosial seperti Facebook (FB) dan Instagram bagi memasarkan produk, berbanding menggunaka­n media tradisiona­l seperti akhbar yang dianggap membabitka­n kos tinggi.

“Apabila NSTP menggunaka­n konsep ‘dekat secara langsung dengan usahawan’, baru saya tahu ada pakej khas menerusi medium pengiklana­n.

“Dengan adanya komunikasi dua hala seperti ini, lebih banyak pengetahua­n dipelajari, selain peluang meluaskan rangkaian perniagaan dalam usaha mengkomers­ialkan produk,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Eksekutif Kanan Pengiklana­n NSTP Johor, Muhammad Hassanuddi­n Abdul Malek, berkata ia adalah peluang baik buat usahawan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mendapatka­n pakej SMEX NSTP yang menawarkan pakej menerusi kombinasi media cetak dan digital dengan potongan harga sehingga 60 peratus.

Usahawan berminat boleh mendaftar dan berhubung terus dengan Hassanuddi­n di talian 0167980008, Aslinda Mohamad 0197177136, Mohd Rizar Mohd Noor 019-7523938 atau Haliza Salim 0127860387.

 ?? [ FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] ?? Peserta mendengar taklimat daripada wakil NSTP sempena WISE 2018 anjuran MARA di Johor Bahru, semalam.
[ FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] Peserta mendengar taklimat daripada wakil NSTP sempena WISE 2018 anjuran MARA di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia