Berita Harian

Tiga maut kenderaan dirempuh bas ekspres

-

Gopeng: Tiga maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas akibat tayar pecah sebelum dirempuh bas ekspres di Kilometer 307 Lebuhraya Utaraselat­an arah utara, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 9.30 pagi itu, penumpang Toyota Vios, Yew Kim Nyuk, 53; suaminya, Cheah Yook Ching, 57, dan abang Yook Ching, Cheah Chui Yong, 60, maut di lokasi.

Pemandu kereta berusia 24 tahun dan bapanya yang juga penumpang belakang berumur 61 tahun cedera ringan.

Pemandu bas ekspres dan 16 penumpang berusia di antara 13 hingga 69 tahun tidak cedera. Difahamkan bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superinten­dan Ng Kong Soon, berkata penumpang kereta yang beralamat di ibu negara dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh.

Tayar pecah sebelum terbabas

Sebaik tiba di lokasi, tayar belakang bahagian kiri Toyota Vios pecah sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Kereta berkenaan dipercayai berpusing beberapa kali dan masuk ke lorong kanan iaitu lorong laju. Bas ekspres dari arah sama yang tidak sempat mengelak, merempuh kereta itu mengakibat­kan tiga penumpang tercampak keluar dan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kampar untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.

Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Di Nilai, seramai 12 penumpang dan pemandu bas persiaran cedera ringan selepas kenderaan itu merempuh belakang treler di Kilometer 285.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampira­n susur keluar Lebuhraya Utara-selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, bas dari Kuala Lumpur yang dalam perjalanan ke Seremban, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh treler yang sedang bergerak di lorong sama. Bas itu membawa 22 penumpang termasuk pemandu.

Gagal kawal bas

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Negeri Sembilan, Superinten­dan Ibrahim Mohd Abdul Kadir, berkata pemandu bas berusia 48 tahun itu dipercaya gagal mengawal kenderaan itu sebelum merempuh treler.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut, manakala penumpang yang tidak cedera dihantar ke Seremban menaiki bas ganti.

 ??  ?? Keadaan kenderaan yang remuk dirempuh bas ekspres di Kilometer 307 Lebuhraya Utara-selatan arah utara di Gopeng, semalam.
Keadaan kenderaan yang remuk dirempuh bas ekspres di Kilometer 307 Lebuhraya Utara-selatan arah utara di Gopeng, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia