Berita Harian

Yayasan Eco World sumbang meja, bangku kantin

Menerima permohonan sekolah tahun lalu bagi penggantia­n peralatan sekolah

- Oleh Nor Affizar Ibrahim

Yayasan Eco World menghulurk­an bantuan 10 set meja dan bangku kantin bernilai RM10,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kapar, bagi memastikan persekitar­an pembelajar­an kondusif untuk pelajar.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Eco World, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, berkata pihaknya menerima permohonan sekolah itu pada Disember tahun lalu bagi penggantia­n meja dan bangku kantin yang sudah lama serta uzur.

Katanya, pihaknya meluluskan permohonan itu kerana menyedari kepentinga­n peralatan berkenaan sebagai kemudahan asas kepada pelajar.

“Yayasan percaya, pendidikan sebagai pelaburan untuk masa depan negara. Pendidikan yang baik mempunyai kuasa mengubah kehidupan seseorang untuk lebih baik.

“Inilah sebab utama mengapa yayasan memberi tumpuan kepada membantu kanakkanak dengan menyediaka­n bantuan kepada sekolah yang memerlukan bantuan,” katanya pada majlis penyerahan peralatan berkenaan, di sini, barubaru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Eco World, Kapten (B) Datuk Liew Siong Sing; Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Klang, Adliyah Ramli dan Guru Besar SK Bukit Kapar, Amnah Rambli.

Ceriakan kawasan sekolah

Selain bantuan meja dan bangku kantin, 36 sukarelawa­n Yayasan Eco World juga mengunjung sekolah itu untuk membantu menceriaka­n kawasan sekolah bersama guru, ibu bapa pelajar dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Mereka mengecat tangga sekolah, persekitar­an sekolah dan membuat landskap di pintu masuk sekolah.

Yayasan Eco World adalah badan amal yang ditubuhkan oleh Eco World Developmen­t Group Berhad pada Mei 2014.

Selama empat tahun ini, sebanyak RM575,000 disumbangk­an untuk membantu sekolah dari segi peralatan kerusi meja bilik darjah, kerusi meja kantin, peralatan bilik sumber dan makmal komputer.

Mohd Radzi berkata, objektif Yayasan adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik tanpa mengira agama dan bangsa.

“Program utama kami adalah Program Bantuan Pelajar. Di bawah program ini, pelajarpel­ajar miskin akan dikenal pasti dan diberi bantuan pendidikan asas,” katanya.

 ??  ?? Mohd Radzi (tiga dari kiri) bersama Amnah dan Siong Sing pada majlis penyerahan bantuan di SK Bukit Kapar.
Mohd Radzi (tiga dari kiri) bersama Amnah dan Siong Sing pada majlis penyerahan bantuan di SK Bukit Kapar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia