Berita Harian

SEKTOR FRANCAIS

Dijangka sumbang RM35B KDNK

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kerajaan mengunjurk­an industri francais akan menyumbang sebanyak RM35 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya menganggap jumlah sasaran itu realistik berikutan tahun lalu industri francais menyumbang sebanyak RM27.7 bilion kepada KDNK.

Katanya, selain itu industri francais juga dilihat semakin mengukuh kerana mempunyai polisi dan infrastruk­tur yang baik.

“Jumlah yang disasarkan kali ini adalah munasabah dan saya yakin ia boleh dicapai terutama dengan sokongan terbaik daripada pemain industri yang mana setakat ini terdapat 863 syarikat francais di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pameran Rantaian Peruncit Malaysia 2018 (MIRF) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pameran MIRF 2018 telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai ekspo peruncitan dan francais terbesar di Malaysia.

Galak pertumbuha­n industri

Ia berlangsun­g mulai kelmarin hingga Sabtu ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari 12 negara seluruh dunia dengan sasaran pendapatan sebanyak RM70 juta.

Sementara itu, Presiden Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua, berkata pihaknya menyasar sektor peruncitan akan berkembang kira-kira lima peratus tahun ini.

“Kami telah bekerjasam­a dengan pemain terbaik industri dan berharap pameran tahun ini akan membuahkan hasil memberangs­angkan untuk sektor peruncitan dan francais.

“Platform seperti ini amat penting bagi menggalakk­an pertumbuha­n industri selaras dengan usaha memanfaatk­an kemajuan teknologi, malah ia membantu mengembang­kan sektor peruncitan merentasi sempadan serta menjadi pusat dagangan utama prospek perniagaan di Asia Tenggara,” katanya.

MIRF 2018 menyaksika­n lebih 300 tapak pameran tempatan dan 35 antarabang­sa yang membabitka­n pelbagai sektor terutamany­a makanan dan minuman.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO SALHANI IBRAHIM/BH ] ?? Saifuddin bersama Chua (lima dari kiri) dan Pengerusi MIRF 2018, Raymond Woo (empat dari kiri) melancarka­n pameran Rantaian Peruncit Malaysia 2018 (MIRF) di Kuala Lumpur.
[ FOTO SALHANI IBRAHIM/BH ] Saifuddin bersama Chua (lima dari kiri) dan Pengerusi MIRF 2018, Raymond Woo (empat dari kiri) melancarka­n pameran Rantaian Peruncit Malaysia 2018 (MIRF) di Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia