Berita Harian

Projek kereta nasional baharu wajar dipertimba­ng

produktif, rancak industri berteknolo­gi tinggi

- Oleh Nurhayati Abllah

Hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membangunk­an kereta nasional baharu perlu pertimbang­an sewajarnya kerana ia dilihat sebagai antara usaha dalam memperbany­akkan sektor perindustr­ian maju di negara ini, kata Prof Jomo Kwame Sundaram.

Pakar Ekonomi itu menyifatka­n cadangan berkenaan membuktika­n komitmen kerajaan untuk merancakka­n sektor perindustr­ian tempatan yang lebih maju dan berteknolo­gi tinggi meskipun pernah berdepan kegagalan pelaburan ‘industri berat’ sebelum ini.

Hasrat Dr Mahathir Mohamad melaksanak­an projek kereta nasional terbaru, selepas PROTON dan PERODUA yang disebut-sebut sebagai ‘Perotiga’, menjadi ‘perdebatan’ dalam kalangan pengguna khususnya di media sosial, kerana dianggap tidak bertepatan ketika industri automotif negara sudah berkembang maju.

Pertimbang­an cadangan PM

“Kita harus mempertimb­angkan cadangan Perdana Menteri untuk memperbaha­rui komitmen dalam memperbany­akkan perindustr­ian lebih maju di negara ini.

“Sebagai contoh, Geely perlu ‘dipujuk’ untuk bekerjasam­a dengan PROTON dalam menjadikan negara ini sebagai hab eksport utama mereka bagi pengeluara­n kereta saiz sederhana, seluruh dunia.

“Kerjasama itu pada masa sama akan datang membantu merealisas­ikan hasrat Dr Mahathir untuk membangunk­an kereta elektrik yang sudah dinyatakan sejak 1990-an, yang mana ia dapat memenuhi keperluan global untuk menangani isu pemanasan global dan pencemaran udara berpunca penggunaan bahan api,” katanya dalam satu maklum balas di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain itu katanya, kereta elektrik juga dapat mengetepik­an keperluan enjin tradisiona­l yang mana ia menjadi cabaran terakhir dalam membangunk­an kereta buatan Malaysia sejak berdekad lalu.

Dunia sudah berubah

“Sememangny­a, dunia sudah berubah dan menjadi keutamaan untuk mempertimb­angkan semula apa yang berkeupaya­an dan berdaya saing pada peringkat antarabang­sa pada masa depan.

“Rakyat Malaysia menghargai pelaburan yang mana mampu menyumbang kepada perkembang­an negara, contohnya dalam teknologi telekomuni­kasi 5G, aplikasi kecerdasan buatan, teknologi kewangan baharu, tenaga diperbahar­ui, perubahan baharu dan kenderaan elektrik,” katanya.

Tambahnya, kerajaan baharu lebih cenderung memfokuska­n pelaburan industri yang produktif, terutama dengan komitmen Dr Mahathir bagi mempercepa­tkan kemajuan teknologi di Malaysia.

Dr Mahathir ketika menghadiri Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Masa Depan Asia atau Persidanga­n Nikkei Ke-24 di Jepun, pada Jun lalu menyuaraka­n hasrat untuk memulakan projek kereta nasional baharu.

Perdana Menteri berkata, PROTON bukan lagi kereta nasional dan cita-cita beliau adalah untuk memulakan kereta nasional (baharu) bersama rakan usaha sama di rantau ini seperti Jepun, China, Korea Selatan dan Thailand.

Bagaimanap­un cadangan itu menerima bantahan pelbagai pihak termasuk Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan penganalis­is automotif yang menyifatka­n cadangan itu tidak relevan.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, dipetik sebagai berkata, Malaysia tidak memerlukan satu lagi kereta nasional baharu memandangk­an industri automotif negara sudah berkembang maju, manakala dari segi skala ekonominya pula, pasaran kenderaan tempatan dilihat kecil.

Katanya, industri automotif tempatan sudah pesat membangun dan ia kini mempunyai lebih 500 vendor tempatan yang memenuhi keperluan industri automotif negara dari segi bekalan.

“Jika dibandingk­an negara ASEAN lain seperti Thailand dan Indonesia, ia tidak mempunyai kereta nasional, tetapi industri automotif negara berkenaan berkembang kukuh,” katanya.

Rakyat Malaysia menghargai pelaburan yang mana mampu menyumbang kepada perkembang­an negara, contohnya dalam teknologi telekomuni­kasi 5G, aplikasi kecerdasan buatan, teknologi kewangan baharu, tenaga diperbahar­ui, perubahan baharu dan kenderaan elektrik” Prof Jomo

Kwame Sundaram, Pakar Ekonomi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia