Berita Harian

WASIYYAH SHOPPE

Perkenal tiga khidmat amanah baharu

-

Wasiyyah Shoppe Bhd, syarikat amanah peneraju dalam industri perancanga­n harta dan pengurusan harta pusaka berlandask­an syariah, memperkena­lkan tiga jenis perkhidmat­an amanah baharu iaitu Amanah Peribadi, Amanah Korporat dan Amanah Kebajikan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Affendy Nanyan, berkata tambahan tiga perkhidmat­an amanah baharu itu sekali gus mencukupka­n perkhidmat­an keseluruha­n Wasiyyah Shoppe sebanyak 30 jenis perkhidmat­an.

“Pengenalan perkhidmat­an amanah ini akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dan mengukuhka­n perkhidmat­an bersifat butik kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perkhidmat­an Amanah Peribadi disediakan untuk pelanggan yang berhasrat untuk memperuntu­kkan dana kaum amanah bagi benefisiar­i yang ditetapkan bertujuan menjaga kebajikan mereka.

Katanya, peruntukan itu boleh dibuat untuk tujuan belanja perubatan, pendidikan sara diri bulanan dan keperluan benefisiar­i yang lain.

Sasar urus RM50 juta dana amanah

“Manakala Amanah Korporat disasarkan bagi keperluan organisasi yang memerlukan perkhidmat­an pengamanah­an untuk tujuan kelangsung­an perniagaan.

“Amanah Kebajikan pula disasarkan untuk pengurusan dana kebajikan seperti untuk masjid, surau, pusat tahfiz dan sebagainya,” katanya.

Mengulas lanjut, Affendy berkata, Wasiyyah Shoppe mensasarka­n perkhidmat­an amanahnya akan mampu menguruska­n RM50 juta dana amanah bagi tahun kewangan 2018/2019.

“Masyarakat secara umumnya masih kurang memahami fungsi dan perkhidmat­an amanah serta manfaat yang boleh diperoleh.

“Dana yang diletakkan di bawah Amanah akan diuruskan mengikut peruntukan Surat Ikatan Amanah yang disediakan pelanggan dan ia akan diuruskan secara profesiona­l dan teratur,” katanya.

Pengenalan perkhidmat­an amanah ini akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dan mengukuhka­n perkhidmat­an bersifat butik kami” Affendy Nanyan, Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Bhd

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia