Berita Harian

Dakwaan labur dalam UBS petunjuk matlamat Khazanah tersasar

Pakar ekonomi persoal kewajaran urus niaga punca kerugian dana kerajaan

- Oleh Farah Adilla

Dakwaan sebuah akhbar Singapura berhubung pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dalam kepentinga­n tidak strategik Swiss Bank UBS, jika benar, akan menjadi petunjuk bahawa sayap pelaburan kerajaan itu sudah tersasar daripada matlamat asalnya, demikian mengikut ahli ekonomi.

Pakar Ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam, berkata jika laporan yang disiarkan

semalam yang menyatakan, Khazanah terpaksa melupuskan pelaburan mencecah RM3 bilion dalam UBS susulan kejatuhan Lehman Brothers pada September 2008, benar-benar berlaku, maka Khazanah harus bertanggun­gjawab kerana menyebabka­n kerugian dana kerajaan.

“Sekiranya apa yang dilaporkan itu benar, Khazanah telah mengecewak­an kita semua.

“Risiko yang diambil itu tidak selari dengan mandat yang diberikan. Khazanah harus lebih berhati-hati dengan wang pembayar cukai,” katanya kepada NSTP, semalam.

Ramon berkata, kerugian itu disebabkan ketidaktel­usan kerajaan sebelum ini dan ia akan menjejaska­n imej Khazanah sebagai sayap pelaburan kerajaan.

“Siasatan yang menyeluruh harus dijalankan. Kita perlu belajar daripada kesilapan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Penganalis­is Ekonomi dan Pensyarah Kanan Putra Business School, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata urus niaga untuk mengambil alih kepentinga­n sebanyak 5 peratus dalam UBS, jika benar, akan menimbul tanda tanya, kerana ia dikira kecil bukan pengambila­n alih kepentinga­n kawalan dalam bank berkenaan, malah tidak memerlukan Khazanah mempunyai wakil dalam lembaga pengarah.

Timbul masalah

“Ia akan menimbulka­n masalah jika Khazanah perlu membuat keputusan strategik. Memiliki kurang daripada lima peratus kepentinga­n dalam UBS, ia tidak mencermink­an bahawa pelaburan itu dilakukan secara strategik dan ia hanya sekadar pelaburan biasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal­kan sekiranya RM3 bilion adalah berbaloi untuk pelaburan dalam kepentinga­n bukan kawalan, berikutan jumlah aset yang dimiliki pada 2008.

Pada tahun itu, Khazanah mempunyai RM91 bilion dalam nilai aset boleh direalisas­i (RAV) di bawah pengurusan pada 2009.

Profesor Ekonomi Sekolah Perniagaan Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng, berkata perjanjian itu adalah bukan perkara biasa, susulan apa yang dilakukan oleh dana kekayaan Singapura, Syarikat Pelaburan Kerajaan (GIC), dan melaporkan kerugian hampir AS$4 bilion dalam pembelian kepentinga­n UBS ketika krisis kewangan pada 2008.

“Sejak itu, trend di seluruh dunia adalah ke arah meningkatk­an ketelusan dan pengawasan aktiviti dana kekayaan negara bagi memastikan tadbir urus lebih baik dan pelaburan berhemat,” katanya.

 ??  ?? Straits Times Singapore Yeah Kim Leng Ahmed Razman
Straits Times Singapore Yeah Kim Leng Ahmed Razman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia