Berita Harian

Jutawan muda cabar diri keluar zon selesa

Shah Rizad pilih rakan mampu jadi pendorong positif majukan perniagaan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Pengalaman seperti ditipu, masalah modal dan silap jangkaan adalah antara cabaran yang sering dihadapi kebanyakan usahawan ketika mula membangunk­an perniagaan.

Namun bagi Ketua Pegawai Eksekutif SSC Cooperatio­n Sdn Bhd, Shah Rizad Arshad, beliau berpendapa­t sifat diri sendiri seperti kebuntuan mental atau ‘mental block’ menjadi cabaran utama baginya untuk memajukan diri dalam perniagaan.

Beliau berkata, kebuntuan mental adalah dilema yang dihadapi sesiapa saja yang mana sifat itu menghalang­i seseorang untuk berjaya.

Katanya, apabila seseorang sudah berada dalam zon selesa, adalah sukar untuk mengecapi kejayaan selanjutny­a kerana sukar melakukan perubahan dan malas berfikir.

“Sebenarnya, usahawan, kerja dia adalah menyelesai­kan masalah. Bila tidak cuba untuk menyelesai­kan, itu yang menjadi masalah,” katanya ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini.

Bagi memecah kebuntuan mental dan keluar dari zon selesa, Shah Rizad berkata, rakan sekeliling juga memainkan peranan dalam membantu seseorang itu keluar daripada sikap yang tidak membawa kemajuan.

Positif majukan diri

“Lazimnya, individu yang berjaya, rakan di sekeliling­nya juga mempunyai pemikiran yang sama, sekali gus menjadi pendorong positif untuk seseorang itu terus memajukan diri.

“Sepanjang pemerhatia­n saya, siapa yang menjadi jutawan, kawannya mesti baharu. Kalau hendak menjadi kaya, kawan mesti kaya dan ia tidak bermakna kita melupakan kawan,” katanya.

Mengimbas mengenai pembabitan­nya dalam perniagaan, Shah Rizad berkata, beliau membabitka­n diri dalam perniagaan bermula pada 2011.

Pada awal pembabitan­nya dalam perniagaan, beliau tidak terlepas untuk berdepan masalah seperti kena tipu.

Namun, pada 2015, perjalanan Shah Rizad untuk menjadi usahawan berjaya berubah dengan menyertai Sejagat Global Resources, syarikat memasarkan produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia berkonsepk­an dalam talian.

Sebagai anggota Sejagat Global Resources, beliau menerima bimbingan dan tunjuk ajar untuk menjadi usahawan berjaya dengan menjual produk di bawah syarikat berkenaan.

Usahawan berjaya

Shah Rizad berkata, dengan bermodalka­n RM300, dalam tempoh hanya empat bulan, anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu berjaya meraih RM1 juta pertamanya.

“Saya tidak mempunyai produk sendiri ketika itu, saya hanya menjual barang orang saja. Saya belajar daripada mentor Sejagat Global... Alhamdulil­lah mereka memberi saranan dan menunjukka­n jalan untuk berjaya,” katanya.

Jutawan muda itu berpendapa­t untuk memperoleh RM1 juta pertama adalah mudah, tetapi untuk mengekalka­n RM1 juta yang berikutnya adalah sangat mencabar.

“Cabarannya adalah sikap malas kita sendiri dan rakan sekeliling kita, yang lain tidak ada masalah,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Shah Rizad bercadang untuk membuka resort sendiri.

 ?? [ FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH ] ?? Shah Rizad menunjukka­n produk kecantikan dan kesihatan yang dipasar dalam talian. Antara produk edaran Sejagat Global Resources.
[ FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH ] Shah Rizad menunjukka­n produk kecantikan dan kesihatan yang dipasar dalam talian. Antara produk edaran Sejagat Global Resources.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia