Berita Harian

Hafal secara berperingk­at atau berkumpula­n antara teknik terbaik

-

Dari D25 “Tempat

yang riuh-rendah dan bising pasti mengganggu tumpuan dan cara hafalan seperti membaca dengan kuat serta berulang-ulang dapat membantu seseorang itu menghafal sifir dengan mudah,” katanya.

Beliau berkata, seseorang itu tidak perlu dipaksa atau memaksa diri untuk menguasai semua sifir, sebaliknya dibuat secara berperingk­at iaitu menghafal separuh.

Katanya, contoh yang boleh diambil adalah seperti menghafal sifir empat dengan memberi tumpuan pada 1x4=4 hingga 5x4=20 sebelum sambung 6x4 hingga 9x4.

Pejam mata dan ulang

“Baca dan hafal dalam hati sebelum mengulangi­nya dalam hati sambil menutup mata. Terus mencuba dan jika sudah yakin sifir dihafal dengan baik, cuba pejam mata dan baca tanpa melihat sifir sekurang-kurangnya tiga kali.

“Jika bacaan sangkut atau salah, ulang lagi, contohnya jika sangkut pada 6x4, maka hanya 6x4 sahaja perlu diulang-ulang sampai ingat,” katanya.

Encik Mohd Fadli berkata, cara lain untuk menghafal sifir adalah seperti menulis sifir dengan tulisan besar dan tampal pada tempat yang mudah dilihat seperti bawah alas meja bacaan atau dinding rumah dan peti sejuk.

“Setiap kali sebelum buka peti sejuk (jika di rumah), lihat sifir dan baca berulang-ulang kali kerana perkara yang selalu dibaca dan diulang-ulang, akan cepat diingati.

“Tidak perlu letak semua sifir sekali gus pada peti ais / dinding atau bawah alas meja dan cukup sekadar satu atau dua sifir sahaja dulu,” katanya

Buat latihan pengiraan

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi memantapka­n lagi penguasaan sifir murid, mereka boleh terus membuat latihan sebaik sahaja ingat sifir.

Katanya, jika sudah hafal sifir lima, terus buat latih tubi soalan sifir lima sahaja kerana hafalan yang terus disertai dengan latihan ingatannya akan berkekalan,” katanya.

“Mencari pasangan atau rakan sebaya untuk sama-sama menghafal sifir juga membantu dalam penguasaan cepat murid dalam sifir.

“Apabila hafal secara berpasanga­n atau berkumpula­n, sudah pasti akan mendatangk­an tahap kenyakinan dan memberi semangat seperti motivasi kepada seseorang untuk menghafal lebih cepat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia