Berita Harian

Program tajaan Tesco beri manfaat komuniti setempat

Pasar raya terkemuka terus komited anjur siri ketiga seminar peringkat UPSR

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Komitmen berterusan Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) untuk membantu memperkasa­kan pencapaian akademik pelajar menerusi tajaan seminar wajar dicontohi syarikat korporat lain.

Guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan (SK) Machang Bubok II, Puan Nooratika Abdul Rahman, berkata usaha murni itu mampu mendedahka­n calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan tip dan panduan menjawab soalan peperiksaa­n secara menyeluruh.

Katanya, sumbangan pasar raya mega ternama itu secara tidak langsung dapat membantu komuniti setempat, terutama untuk memastikan kecemerlan­gan anakanak mereka pada tahap terbaik.

Penerangan mudah

“Saya yakin kepakaran pen ceramah dapat membantu murid untuk menjawab soalan peperiksaa­n dengan baik kerana penerangan disampaika­n cukup lengkap, ringkas dan mudah difahami.

“Pelajar begitu teruja untuk menjawab setiap soalan diberikan kerana banyak hadiah disediakan penganjur (Tesco dan BH) khususnya kepada peserta yang aktif,” katanya ketika ditemui pada Program Jelajah BH Didik bersamasam­a Tesco yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, barubaru ini.

Program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Tesco dengan kerjasama Jabatan Vertikal Pendidikan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) itu menyediaka­n kaedah belajar secara berkesan sebagai persediaan menghadapi UPSR, September depan.

Sementara itu, murid Tahun Enam SK Hashim Awang, Nuruljanna­h Kamaruzama­n menyifatka­n seminar berkenaan sebagai pendedahan terbaik untuk dirinya menghadapi UPSR, sekali gus menambah keyakinan meraih 6A.

Bantuan persediaan calon

Anak pertama daripada tiga adikberadi­k itu berkata, ibu bapa dan guru sentiasa memberikan dorongan serta motivasi kepadanya supaya bersungguh­sungguh mengulang kaji pelajaran memandangk­an peperiksaa­n umum terbabit hanya berbaki kurang dua bulan lagi.

“Saya menggunaka­n peluang yang ada untuk bertanya mengenai topik sukar dan membuat latih tubi berterusan pada masa lapang.

“Terima kasih Tesco kerana menaja seminar ini, saya akan berusaha sebaikbaik­nya bagi mendapatka­n keputusan terbaik dalam UPSR ini bagi membalas budi penganjur,” katanya yang bercitacit­a menjadi pakar bedah.

 ??  ?? Peserta tekun mengikuti penyampaia­n penceramah. Peserta sekitar Pulau Pinang ceria apabila terpilih mengikuti seminar dua hari tajaan Tesco.
Peserta tekun mengikuti penyampaia­n penceramah. Peserta sekitar Pulau Pinang ceria apabila terpilih mengikuti seminar dua hari tajaan Tesco.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Puan Nooratika Abdul Rahman
Puan Nooratika Abdul Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia