Berita Harian

Jualan pengurus dana asing berterusan

-

Untuk minggu ke-30 2018, yang juga hari terakhir dagangan untuk bulan Julai, penanda aras FBM

KLCI ditutup 14.47 mata lebih tinggi secara mingguan dan meningkat 77.64 mata berbanding tutup pada Jun, 2018.

Pada penutup Julai, jumlah dagangan meningkat kepada

51.074 bilion dan nilai dagangan menurun kepada RM44.212 bilion. kaunter yang aktif adalah saham berharga rendah. Penjualan bersih asing juga berkuranga­n kepada RM1.981 bilion. Sejak

Mei lalu, pelabur asing menjual bersih sebanyak RM12.037 bilion.

Untuk pergerakan mingguan, jumlah dagangan meningkat kepada 51.07 bilion dan nilai dagangan juga meningkat kepada RM12.33 bilion.

Pada minggu lalu pelabur institusi adalah pembeli bersih, bernilai RM486.9 juta dan pelabur runcit juga adalah pembeli bersih sebanyak RM11.5 juta.

Untuk berita ekonomi pula, Bank Negara melaporkan Rizab asing Bank Negara menurun AS$100 juta kepada AS$104.60 bilion daripada AS$104.70 bilion dua minggu yang lalu.

Kedudukan rizab ini mencukupi untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Kadar pada pasaran pertukaran asing antara bank di Kuala Lumpur yang disiarkan di laman web Bank Negara, paras pertengaha­n bagi dolar Amerika Syarikat (AS) kepada ringgit pada 29 Jun adalah

4.0385 dan ringgit berkuranga­n kepada 4.0400 pada 13 Julai.

Untuk pergerakan sepanjang minggu lalu, pada isnin, FBM KLCI naik 3.29 mata untuk ditutup pada 1,757.96. Pasaran saham

Asia ditutup bercampur-campur dengan pasaran saham Jepun ditekan kerana pengukuhan yen selepas dolar jatuh ekoran kritikan Presiden AS Donald Trump terhadap Rizab Persekutua­n.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.129 bilion saham yang diniagakan dan nilai pasaran berkuranga­n kepada RM2.240 bilion. Semua Indeks Bursa ditutup lebih tinggi.

Jajaran pasaran kembali positif dengan 551 kaunter untung dan 354 kaunter rugi. Antara Kaunter untung termasuk VITROX +RM0.34 (+6.24%), HENGYUAN +RM0.29 (+4.38%),GAMUDA +RM0.22 (+5.98%), SAM +RM0.20 (+2.84%), AIRASIA +RM0.15 (+4.62%), MI +RM0.13 (+6.67%+ RM0.11 (+15.83%), IJM +RM0.11 (+5.82%), WASEONG +RM0.09 (+7.32%), ECOWLD +RM0.09 (+7.76%), GASMSIA +RM0.08 (+ 2.79%), SIMEPROP +RM0.08 (+6.25%), TALIWRK +RM0.07 (+5.60%), TSH +RM0.07 (+ 6.09%) dan MYEG +RM0.06 (+4.84%). Kaunter rugi termasuk UNISEM -RM0.07 (-2.55%) dan ANNJOO -RM0.05 (-2.42%).

Mengikut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah RM28.1 juta. Ringgit menambah nilai kepada

RM4.0615 berbanding dolar AS.

FBM KLCI naik 4.97 mata pada Selasa untuk ditutup pada 1,762.93. Pasaran saham Asia naik, dengan China mengatasi prestasi pasaran serantau, berikutan pelabur memberi perhatian kepada pulangan bon dan kejatuhan yuan China.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.347 bilion saham yang diniagakan dan nilai pasaran meningkat kepada RM2.684 bilion. Semua indeks Bursa ditutup lebih tinggi kecuali sektor Kewangan.

Jajaran pasaran masih terus positif dengan 574 kaunter untung dan 383 kaunter rugi.

Kaunter untung termasuk VITROX +RM0.71 (+12.26%), CARLSBG +RM0.44 (+2.33%), RGTECH +M0.30 (+130.43%), PADINI +RM0.27 (+4.57%), CMSB +RM0.23 (+7.88%), SIMEPLT +RM0.17 (+3.29%), KERJAYA +RM0.09 (+6.16%), EDGENTA +RM0.08 (+3.83%), MI +RM0.08 (+3.85%), MRCB +RM0.06 (+ 8.33%), ECONBHD + RM0.055 (+ 6.32%), GKENT +RM0.05 (+3.27%) dan YTLPOWR +RM0.05 (+4.10%). Kaunter rugi termasuk LAFMSIA -RM0.07 (-2.04%), DIALOG -RM0.07 (-2.11%) dan REVENUE-RM0.05 (-6.21%).

Mengikut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah RM129.1 juta.

Ringgit menyusut nilai kepada RM4.0662 berbanding dolar AS.

Pada Rabu, FBM KLCI naik

0.85 mata untuk ditutup pada 1,763.78. Pasaran Asia ditutup bercampur-campur, dengan tanda aras di Jepun dan Hong Kong menjejaki lebih tinggi selepas keuntungan di Wall Street berikutan laporan kewangan korporat yang kukuh semalam.

Jumlah dagangan naik kepada 3.75 bilion saham yang diniagakan dan nilai pasaran meningkat kepada RM2.696 bilion. Semua Indeks Bursa ditutup rendah kecuali Kewangan, Pembinaan, Perindustr­ian, Produk Industri dan Perdangang­an/perkhidmat­an.

Jajaran pasaran masih positif dengan 543 kaunter untung dan 386 kaunter rugi.

Kaunter untung termasuk UTDPLT +RM0.58 (+2.20%),

PETDAG +RM0.54 (+2.05%), SUPERMX +RM0.18 (+4.15%), SERBADK +RM0.16 (+4.40%), LITRAK +RM0.15 (+3.63%), ATLAN +RM0.10 (+2.27%), GAMUDA +RM0.08 (+2.08% +RM0.08 (+2.71%), GBGAQRS +RM0.06 (+4.29%), DSONIC +RM0.055 (+6.87%) dan SUNWAY +RM0.05 (+3.25%).

Kaunter rugi termasuk

MPI -RM0.36 (-3.10%), PADINI -RM0.22 (-3.56%), VITROX -RM0.17 (-2.62%), TIMECOM -RM0.17

(-2.07%), WPRTS -RM0.08 (-2.30%), RGTECH -RM0.08 (-15.09%), NOVA -RM0.065 (-9.09%), IGBB -RM0.06 (-2.10%), BAUTO -RM0.05 (-2.23%), GKENT -RM0.05 (-3.16%) dan YTLPOWR -RM0.04 (-3.15%).

Mengikut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah RM244.2 juta.

Ringgit menambah nilai kepada RM4.0570 berbanding dolar AS.

FBM KLCI naik 2.45 mata pada Khamis untuk ditutup pada 1,766.23. Pasaran saham

Asia ditutup bercampur-campur, dengan kerugian di Pasaran Cina semakin mendalam menjelang waktu penutup pasaran. Jumlah dagangan menurun kepada 3.031 bilion saham yang diniagakan dan nilai pasaran meningkat kepada RM2.729 bilion.

Jajaran pasaran adalah negatif dengan 335 kaunter naik dan 618 kaunter rugi. Kaunter untung termasuk WPRTS +RM0.20 (+5.88%), IGBB +RM0.19 (+6.79%), MSM +RM0.14 (+3.93%), AIRASIA +RM0.11 (+3.24%), MUHIBAH +RM0.07 (+2.31%) dan EWINT +RM0.04 (+3.88%). Kaunter rugi termasuk BAT -RM0.70 (-2.05%), AXIATA -RM0.17 (-3.83%), HENGYUAN -RM0.17 (-2.41%), CMSB -RM0.13 (-4.06%), HSPLANT -RM0.06 (-2.61%), RGTECH -RM0.045 (-10.00%),

NOVA -RM0.05 (-7.69%), EDGENTA -RM0.05 (-2.28%) dan ECONBHD -RM0.045 (-4.79%).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah RM35.7 juta. Ringgit menyusut nilai kepada RM4.0644 berbanding dolar AS.

FBM KLCI naik 2.91 mata untuk ditutup pada 1,769.14. Saham

Asia ditutup bercampur-campur pada Jumaat, hanya pasaran Australia yang naik, sementara pasaran utama lain di rantau ini mula beralih arah apabila pelabur memberi tumpuan kepada berita utama perdaganga­n dan ekonomi yang akan di umumkan kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia