Berita Harian

Bursa dalam fasa penstabila­n

Perang dagangan, jualan asing terus pengaruhi sentimen serantau

- ULASAN PASARAN

Bursa Malaysia dijangka berada dalam fasa penstabila­n dan diniagakan tidak berubah minggu ini, seiring dengan prestasi bursa serantau lain, kata penganalis­is.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata indeks penanda aras Bursa Malaysia meningkat lebih daripada 100 mata dalam tiga minggu lalu, justeru pasaran dijangka menyaksika­n beberapa pembetulan terlebih belian.

“Dengan harga minyak menyusut, kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n Amerika Syarikat (As)china yang berlarutan serta jualan asing berterusan walaupun semakin reda terutama dalam saham utiliti, sentimen serantau dijangka kekal lemah.

“Oleh itu kami menjangkak­an ekuiti tempatan berada dalam fasa penstabila­n dan diniagakan tidak berubah minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, Nazri berkata separuh kedua tahun biasanya adalah tempoh di mana pasaran tempatan akan menerima aliran masuk dana asing yang tinggi dan beliau yakin dengan prospek terbabit.

Ketua Penyelidik­an Rakuten Trade, Kenny Yee berkata aliran meningkat dalam bursa tempatan barubaru ini dikuasai oleh pembeli tempatan.

Pasaran dijangka kekal lengang apabila pelabur kini memantau keputusan korporat di AS dan juga di Malaysia bagi mencari hala tuju pasaran, katanya.

“Jadi kami tidak menjangkak­an sebarang belian kukuh di bursa tempatan dalam keadaan jualan asing yang berterusan dan mengunjurk­an FBM KLCI dalam jajaran antara paras 1750 dan 1770 pada minggu depan,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi lima hari berturuttu­rut seiring bursa serantau lain ketika pasaran menunggu beberapa keputusan pendapatan korporat dan perkembang­an perang perdaganga­n antara Aschina serta Aseropah.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 14.47 mata kepada 1,769.14 daripada 1,754.67.

Indeks FBM Emas meningkat 137.97 mata kepada 12,558.28 dan Indeks FBMT100 naik 127.98 mata kepada 12,337.06.

Indeks FBM 70 naik 261.57 mata kepada 15,494.81, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 181.82 mata kepada 12,691.33 dan FBM Ace menokok 55.87 mata kepada 5,459.14.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menokok 126.90 mata kepada 17,453.25, Indeks Perladanga­n meningkat 72.13 mata kepada 7,552.36 dan Indeks Perusahaan naik 70.75 mata kepada 3,284.91.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 15.59 bilion unit bernilai RM12.33 bilion daripada 13.39 bilion unit bernilai RM11.86 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 10.36 bilion saham bernilai RM10.77 bilion daripada 8.22 bilion saham bernilai RM10.33 bilion.

Jumlah dagangan waran turun kepada 2.90 bilion unit bernilai RM871.01 juta daripada 3.00 bilion unit bernilai RM873 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 2.33 bilion saham bernilai RM692.01 juta daripada 2.15 bilion saham bernilai RM651.19 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia