Berita Harian

Lagu cinta tak kesampaian Elizabeth

Police Entry bukan ‘senjata’ balas dendam buat bekas kekasih

- Oleh Zaidi Mohamad

Lebih setahun tidak muncul dengan lagu baharu kerana menumpukan perhatian kepada bidang lakonan, Elizabeth Tan atau mesra disapa Lizzy mengakui, agak gementar menantikan reaksi peminat terhadap single terbarunya, Police Entry.

Lagu ciptaan bersama Hael Husaini dan Ezra Kong itu akui Elizabeth, begitu dekat di hatinya kerana bait lirik yang dihasilkan mempunyai kaitan dengan perjalanan cintanya yang kecundang di pertengaha­n jalan.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu juga tanpa berselindu­ng mengakui, lagu itu ditujukan kepada bekas kekasihnya.

“Biarpun liriknya ditulis orang lain, saya dapat rasakan lagu ini jelas menggambar­kan pengalaman cinta yang pernah saya lalui. Ia sesuai ditujukan kepada bekas kekasih saya. Saya tidak kisah kerana siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya,” katanya.

Sekadar luahan rasa

Elizabeth mengakui, pengalaman putus cinta dengan seorang pemuda Melayu pada April tahun lalu memberi tamparan hebat kepada dirinya. Namun, katanya, dia tidak pernah menyimpan dendam, malah tidak terfikir menjadikan lagu itu sebagai ‘senjata’ untuk menyerang bekas kekasihnya.

“Lagu ini sekadar menceritak­an luahan hati selepas cinta saya dipermaink­an. Saya tidak menyimpan dendam atas apa yang berlaku, sebaliknya semua itu menjadi pengalaman yang mematangka­n diri.

“Dulu emak selalu mengingatk­an supaya tidak jatuh cinta dengan lelaki itu, namun saya bantah. Saya ikutkan kata hati kerana cintakan dia. Saya banyak belajar daripada apa yang berlaku dan sekarang, saya bahagia tanpa cinta,” katanya.

Kehadiran Police Entry juga kata Elizabeth, memberi anjakan baharu kepada kerjayanya. Lima tahun memulakan langkah sebagai penyanyi dan pelakon, Elizabeth berkata, sudah tiba masanya untuk dia mencabar diri.

Buat kali pertama, Elizabeth menyahut cabaran sebagai pengarah untuk pembikinan video muzik lagu terbarunya itu. Mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, secara peribadi, gadis berusia 24 tahun itu bangga dengan pencapaian­nya.

“Untuk percubaan pertama, saya berpuas hati dengan hasil akhir video muzik ini. Meskipun garapannya ringkas, saya banyak belajar daripada pengalaman pertama ini. Jika diberi peluang lagi, saya yakin mampu memberikan yang lebih baik.

“Disebabkan masih terlalu baharu, ketika melakukan suntingan, saya menyedari kekurangan babak untuk ditampilka­n bagi melengkapi video muzik ini. Disebabkan masalah itu, saya terpaksa menggunapa­kai rakaman yang ada.

“Selain mengarah, saya juga perlu membahagik­an fokus kepada beberapa aspek lain ketika di lokasi penggambar­an. Mungkin kerana terlalu teruja dan kurang pengalaman, saya terlepas pandang beberapa perkara.

“Tetapi, pengalaman pertama ini sedikit sebanyak mematangka­n saya untuk lebih memahami setiap aspek pengarahan dan penerbitan,” kata penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Knock Knock itu.

Dua hari penggambar­an

Elizabeth berkata, penggambar­an video muzik itu berlangsun­g selama dua hari di sebuah gudang di Petaling Jaya, Jun lalu.

“Dalam imaginasi saya, video muzik ini menampilka­n gabungan tarian yang diambil daripada filem Burlusque dan K-pop. Saya mahu lenggok tarian itu lebih sensual, jadi saya cuba menggabung­kan keduaduany­a.

“Saya akui, proses pembikinan video muzik ini agak tergesa-gesa kerana kami kesuntukan masa disebabkan perlu menyiapkan­nya dengan segera,” katanya.

Bakat baharu ganti Zul Ariffin

Elizabeth yang pernah membintang­i filem, Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium itu berkata, pada mulanya dia berhasrat mahu menampilka­n Zul Ariffin sebagai pelakon utama dalam muzik video itu.

Hasrat itu, bagaimanap­un tidak kesampaian apabila Zul yang berganding­an dengannya dalam filem,

Misteri Delaila arahan Syafiq Yusof terikat dengan komitmen lain. Tempat itu diganti bakat baharu, Harris Annuar.

“Sebelum ini, Zul pernah bersuara dia sedia untuk kembali bekerjasam­a dan meminta saya memaklumka­nnya jika mahu memulakan penggambar­an video muzik Police Entry. Tetapi, Zul tidak mempunyai kelapangan kerana terikat dengan komitmen lain.

“Lantaran mengajar masa, saya terpaksa mencari pelakon ganti. Mungkin juga sudah tertulis rezeki Harris untuk bekerjasam­a dengan saya dalam muzik video itu,” katanya.

 ??  ?? FOTO: FAIRUS SARI (@ FAIRUS_SARI) DAN FAIS (@NOORNIPPON) LOKASI DAN PAKAIAN: BUTIK EZUWAN ISMAIL, TAMAN DAGANG (@ EZUWANISMA­IL)
FOTO: FAIRUS SARI (@ FAIRUS_SARI) DAN FAIS (@NOORNIPPON) LOKASI DAN PAKAIAN: BUTIK EZUWAN ISMAIL, TAMAN DAGANG (@ EZUWANISMA­IL)
 ??  ??
 ??  ?? Elizabeth membuat persembaha­n pada majlis pelancaran single terbaru, Police Entry di ibu negara, baru-baru ini.
Elizabeth membuat persembaha­n pada majlis pelancaran single terbaru, Police Entry di ibu negara, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia