Berita Harian

Syatilla berkorban demi anak

Pernah disangka sudah tinggal dunia lakonan

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Sejak melahirkan anak sulung, Syeriv Samheizy, 15 bulan lalu, seluruh perhatian pelakon tinggi lampai, Syatilla Melvin diberikan kepada permata hatinya itu. Setiap hari yang dilaluinya begitu indah, terutama apabila melihat si cilik membesar di depan mata.

Andai dahulu, masanya banyak dihabiskan di lokasi penggambar­an, namun Syatilla mengisi masanya dengan menjalanka­n tanggungja­wab sebagai isteri dan ibu. Sudah terbiasa dengan kehidupan glamor, membuatkan ramai tertanya, tidakkah dia rindu untuk kembali berlakon?

Tidakkah dia risau namanya dilupakan, sedangkan Syatilla, 27, pernah membina nama menerusi deretan drama popular antaranya

dan

Menjawab pertanyaan itu, isteri kepada pelakon berkarakte­r, Shaheizy Sam berkata, lakonan bukan lagi keutamaan memandangk­an fokusnya sudah beralih kepada Syeriv yang lebih memerlukan perhatian.

“Bohong kalau saya tidak rindu dunia lakonan. Kali terakhir saya berlakon menerusi drama bersiri,

dua tahun lalu. Disebabkan lama tidak muncul di skrin televisyen, ramai menyangka saya sudah bersara.

“Memang rindu, namun sebagai ibu, rasanya biar saya beri dulu tumpuan kepada Syeriv. Seronok melihat dia membesar di depan mata. Saya juga tidak mahu terlepas peluang melihat detik penuh bermakna itu.

“Paling mengujakan, dia sudah mampu menyebut beberapa perkataan apabila diajar. Itu yang membuatkan saya tidak sampai hati meninggalk­annya,” kata Syatilla.

Berat hati berjauhan

Ditemui pada majlis pelancaran Jamu Mutyara di ibu negara barubaru ini, Syatilla berkata, Syeriv juga sukar berenggang, membuatkan dia tidak selesa apabila terpaksa meninggalk­an anaknya itu dengan orang lain.

“Pernah sekali, saya dan Sam pergi menonton wayang di tengah malam dan meninggalk­annya di bawah jagaan emak mentua. Sebak pula rasanya apabila dia asyik menangis dan sering menunjuk ke arah pintu. Dia seolah-olah ingin memberitah­u mahu keluar men-

Telefilem: dan cari kami,” kata bekas finalis Dewi Remaja 2010 ini.

Insiden itu kata Syatilla, juga menjadi antara faktor yang membuatkan dia berat hati meninggalk­an anaknya di bawah jagaan pengasuh. Membaca pelbagai kisah membabitka­n pengasuh juga membuatkan dia takut berjauhan dengan anaknya.

“Memang menakutkan apabila membaca pelbagai kisah membabitka­n pengasuh bayi. Meskipun suami tidak menghalang saya kembali berlakon, dia sebenarnya lebih suka saya tinggal di rumah membesarka­n anak.

“Cuma, dia tidak pernah bercakap mengenai perkara itu, mungkin mahu menjaga hati saya,” kata pelakon yang berasal dari Parit Buntar, Perak ini.

Hasrat timang anak kedua hampa

Dalam pertemuan itu, pemilik nama lengkap Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini turut meluahkan perasaan terkilan apabila hasrat untuk menimang anak kedua belum kesampaian. Syatilla berkata, dia keguguran ketika kandungann­ya mencecah enam minggu.

“Ketika kejadian, saya sedang sibuk mengemas rumah. Tibatiba berlaku pendarahan yang agak teruk dan kandungan saya gugur. Mungkin saya terlalu penat. Memang kecewa kerana saya dan suami berharap dikurniaka­n anak kedua secepat mungkin.

“Jika diizinkan Allah, saya mahu lima anak sebelum usia mencecah 40 tahun. Selepas ini, jika ditakdirka­n hamil semula, saya akan lebih berhati-hati. Mungkin saya akan berehat seketika daripada melakukan kerja berat bagi menjaga kandungan,” katanya.

Syatilla berkata, ia adalah kejadian kedua yang dilaluinya kerana pernah keguguran sebelum mengandung­kan Syeriv. Bagaimanap­un, rezekinya untuk menimang cahaya mata dipermudah­kan apabila disahkan hamil sebulan kemudian.

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA/BH ] ?? Ramadan Yang Hilang, Ariana Rose Sha & Shah. Sha & Shah,
[ FOTO MAHZIR MAT ISA/BH ] Ramadan Yang Hilang, Ariana Rose Sha & Shah. Sha & Shah,
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia