Berita Harian

Pensyarah UMP hasil pelembap bibir semula jadi, murah

Produk jenama KINORA dapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan, sudah ada di pasaran dua bulan lalu

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Pensyarah Fakulti Kejurutera­an Kimia dan Sumber Asli Universiti Malaysia Pahang (UMP), berjaya menghasilk­an pelembap bibir menggunaka­n bahan semula jadi yang selamat digunakan dan murah.

Dr Norashikin Mat Zain yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejurutera­an kimia bioproses menghasilk­an pelembap bibir jenama ‘KINORA’ yang sudah berada di pasaran sejak dua bulan lalu, sebaik sahaja mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan.

Produk dihasilkan daripada bahan premium dengan gabungan pelbagai minyak semula jadi, iaitu minyak zaitun, almond, marula, peppermint, carnouba wax, tocopherol dan vitamin E yang berfungsi melembapka­n serta memelihara kulit.

Terdahulu beliau melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R & D) selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan mengkomers­ilkan produk itu di pasaran.

Anak kelahiran Perlis ini berkata, beliau mendapat idea dan bertekad menghasilk­an produk itu selepas melihat kebanyakan barangan kosmetik termasuk pelembap bibir dijual di negara ini dihasilkan menggunaka­n bahan kimia sintetik dan bahan pengawet.

“Produk yang mengandung­i bahan berkenaan tidak selamat untuk pengguna terutama wanita kerana boleh menjejaska­n hormon mereka.

“Ketika ini, kebanyakan produk dikeluarka­n di media sosial menggunaka­n bahan semula jadi, dijual mahal, selain kandungan bahan dan status halal diragui terutama yang dihasilkan di rumah,” katanya ketika ditemui NSTP di UMP Kampus Gambang, dekat sini, semalam.

Bertitik tolak daripada isu itu, Norashikin menerusi syarikatny­a, Medieva Sdn Bhd bertekad untuk membuat penyelidik­an dan mendapat formula untuk menghasilk­an pelembap bibir diperbuat daripada bahan semula jadi.

UMP beri geran RM25,000

Katanya, beliau mendapat geran berjumlah RM25,000 daripada UMP untuk menghasilk­an produk terbabit.

“Saya menghasilk­an produk ini di kilang yang mempunyai akreditasi Amalan Pengilanga­n Baik (GMP). Jadi sudah tentu jenama ini dijamin kebersihan dan kualiti berbanding produk dibuat sendiri di rumah.

“Produk ini dijangka mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ogos ini. Ini sekali gus menambah nilai terhadap produk itu dan memberi keyakinan kepada pengguna yang mahu mencari pelembap bibir halal,” katanya

Pelembap untuk semua pengguna

Norashikin berkata, KINORA dijual pada harga RM43, lebih murah berbanding pelembap bibir dihasilkan menggunaka­n bahan semula jadi iaitu sekitar RM80 ke atas bergantung kepada jenamanya.

Katanya, produk itu dijual dalam skala kecil iaitu di sekitar UMP dan menerusi media sosial kerana pada masa sama mahu mendapatka­n maklum balas lanjut daripada pengguna mengenainy­a.

“Maklum balas daripada pembeli adalah baik dan mereka berpuas hati kerana membantu merawat bibir merekah. Kami akan menggunaka­n segala pandangan berkenaan untuk melakukan penambahba­ikan produk sedia ada.

“Antara penambahba­ikan yang akan saya lakukan ialah pelembap bibir itu tidak mempunyai warna supaya boleh digunakan oleh semua pengguna termasuk lelaki dan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama, beliau sedang mengkaji untuk menggunaka­n mengekstra­k buah naga sebagai pewarna bagi pelembap bibir wanita.

Dari segi jualannya, Norashikin berkata, permintaan terhadap pelembap bibir jenama KINORA itu agak menggalakk­an dan mereka menerima tempahan antara lima hingga 10 unit setiap hari.

“Sekarang saya hanya jual dalam UMP dan media sosial (akaun Facebook Kinora Natural Tinted Lip Balm) dan menerusi 10 ejen.

“Kita sedang merangka untuk menambah jumlah ejen. Saya yakin selepas ini lebih ramai ejen menyertai kami sekali gus dapat menambah pendapatan mereka terutama dalam kalangan pelajar dan suri rumah,” katanya.

Penuhi permintaan kosmetik halal pasaran antarabang­sa

“Untuk permulaan, saya mengeluark­an sebanyak 1,700 pelembap bibir, selain mendapatka­n maklum balas daripada pelbagai pihak untuk penambahba­ikan,” katanya.

Mengenai perancanga­nnya, beliau menyasarka­n untuk menembusi pasaran luar negara seperti Brunei dan Singapura sekali gus dapat memenuhi permintaan kosmetik halal peringkat antarabang­sa.

“Potensinya besar kerana saya yakin produk ini sesuai untuk jemaah haji atau umrah kerana status halalnya. Saya juga menyasarka­n untuk memasarkan pelembap bibir ini di premis kosmetik lain,” katanya.

Saya mendapat idea dan bertekad menghasilk­an KINORA selepas melihat kebanyakan barangan kosmetik termasuk pelembap bibir dijual di negara ini dihasilkan menggunaka­n bahan kimia sintetik dan bahan pengawet” Norashikin Mat Zain, Pensyarah Fakulti Kejurutera­an Kimia dan Sumber Asli UMP

 ?? [ FOTO IHSAN UMP] ?? Norashikin (dua dari kanan) bersama pelajarnya menunjukka­n pelembap bibir jenama ‘KINORA’ yang menggunaka­n bahan semula jadi dan selamat ketika ditemui di UMP, Kuantan, semalam.
[ FOTO IHSAN UMP] Norashikin (dua dari kanan) bersama pelajarnya menunjukka­n pelembap bibir jenama ‘KINORA’ yang menggunaka­n bahan semula jadi dan selamat ketika ditemui di UMP, Kuantan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia