Berita Harian

Seminar antarabang­sa tekankan cinta Rasul

-

Kuala Lumpur: Siri seminar antarabang­sa, Nafahat Jalan Robbi (NJR) yang masuk tahun ketujuh penganjura­nnya akan menjelajah ke dua lokasi, iaitu Auditorium Dewan Wawasan, Jitra, Kedah dan Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada 11 dan 18 Ogos ini.

Menampilka­n tema Buka Minda, Buka Hati dan Sedia Menerima serta Melakukan Perubahan, pengisian kerohanian ini akan disampaika­n oleh tokoh pemikir kelahiran Madinah, Syeikh Dr Mahmoud Mrglani.

Pendekatan berbeza

Wakil Persatuan Assyaziliy­ah Semalaysia, Ahmad Izhar Mohamed Noor, berkata pendekatan NJR agak berbeza kerana ia mendedahka­n satu dimensi yang mengangkat hubungan hamba dengan pencipta-nya.

“Kedua-dua siri ini mempunyai tema sama dan ia memfokuska­n kepada panduan untuk meningkatk­an darjat sebagai Muslim sejati.

“Ia juga menekankan peri pentingnya mahabbah atau cinta kepada junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi anak kunci untuk kita sampai kepada Allah SWT,” katanya kepada BH di sini.

Ahmad Izhar berkata, perkongsia­n ilmu dalam NJR ini turut bermatlama­t membuka minda, selain menambah keyakinan kepada Allah SWT sekali gus meningkatk­an lagi keimanan untuk mendekatka­n diri kepada-nya.

Tokoh Muslim berpengaru­h

Apatah lagi, perkongsia­n dakwah ini dikendalik­an oleh Dr Mahmoud, iaitu ulama terkemuka dalam dunia Islam yang namanya turut tersenarai di antara 500 tokoh Muslim paling berpengaru­h di dunia selama enam tahun berturut-turut. Katanya, acara anjuran Persatuan Assyaziliy­ah Malaysia dengan kerjasama Astana World itu turut membuka penyertaan kepada orang awam dengan bayaran sebanyak RM100, manakala maklumat lanjut lawati laman web https://nafahatjal­anrobbi.wixsite.com/main atau Facebook di pautan nafahatjal­anrobbi atau hubungi urus setia di talian 0196404714.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Siri seminar antarabang­sa Nafahat Jalan Robbi masuk tahun ketujuh akan berlangsun­g di Auditorium Dewan Wawasan, Jitra, Kedah dan Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada 11 dan 18 Ogos ini.
[FOTO HIASAN] Siri seminar antarabang­sa Nafahat Jalan Robbi masuk tahun ketujuh akan berlangsun­g di Auditorium Dewan Wawasan, Jitra, Kedah dan Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada 11 dan 18 Ogos ini.
 ??  ?? Mahmoud Mrglani
Mahmoud Mrglani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia