Berita Harian

Teater Sang Puteri teguran sinis kepada pemerintah

-

Ketika melawat Pameran Buku Seni Drama di Pusat Sastera Timur Perpustaka­an Negara Russia, saya teruja melihat buku Drama Pentas karya Tan Sri Johan Jaaffar di tengah-tengah koleksinya.

Selepas membelek-belek buku itu, saya menemui 7 drama teater Sang Puteri, sekali gus mengingati pengalaman menonton pementasan drama berkenaan beberapa tahun lalu. Pengalaman itu utuh di ingatan kerana jarang sekali skrip teater bermutu dan rombongan teater yang cukup matang ditemukan bersama-sama.

Memang, karya Johan yang padat dan imaginatif itu memberi banyak peluang interpreta­si kepada pelakon kumpulan teater Rimba ARTISUKMA UKM yang disutradar­a Nor Azlan Shah Mohd. Hal itu juga menentukan keberhasil­annya, apatah lagi kalau teater itu ditinjau daripada perspektif peristiwa yang terjadi di Malaysia, sekali gus membolehka­n kita melihat relevansi teater berkenaan.

Dalam naskhah itu, dua dunia diletakkan secara bertentang­an, iaitu dunia petani yang bekerja bertungkus-lumus untuk mencari nafkah hidup untuk menyara keluargany­a dan dunia golongan atasan berkuasa yang berfoya-foya meskipun dasar kesejahter­aan mereka tergantung kepada kerja berat petani.

Pelakon sempat memperliha­tkan sifat watak yang dimainkan dengan agak sempurna. Kesengsara­an hidup petani menimbulka­n simpati dan timbang rasa mendalam kepada penonton: dunia itu begitu realistik dalam pengkisaha­n pelakon seperti Mohd Aiti Semin, Kurnia Hasna Mustafa dan Noor Akmal Khazali.

Pelakon yang memainkan watak dalam dunia kedua, iaitu Hanizan Che Mat sebagai Tuanda dan Siti Syarina Abdul Khalid (Pamanda) mungkin terlalu menitikber­atkan unsur satira sehingga timbul kesan seakan-akan mereka sendiri tidak percaya pada apa yang dimainkann­ya.

Pada hal dunia kedua itu juga realiti hidup seperti kampung dengan petani yang bernasib malang. Penampilan­nya menarik dan sering memancing ketawa penonton tetapi ada baiknya selalu ingat mengenai ‘super-tujuan pertunjuka­n’ (istilah reformer teater Russia, Stanislavs­ky): ‘Bermain untuk apa?’

Stanislavs­ky pernah mengutarak­an pendapat bahawa permainan pelakon mesti bersifat realistik semaksimum mungkin. Beliau yang juga Pengarah Panggung Teater Seni Moscow berulang kali memaksakan pelakon mengulangi adegan tertentu dengan tetap berkata: “Saya tidak percaya! Berlakon sedemikian rupa sehingga saya boleh percaya.” Keseriusan dalam memainkan adegan satira ialah kunci keberhasil­an penuh sebuah pementasan teater.

Ketidakpua­san dibangkit

Mungkin peranan Pujangga saja (yang dilakonkan Mohd Azli Othman) cukup meyakinkan. Watak intelektua­l itu ternyata baik untuk dunia tani mahupun dunia atasan tetapi malangnya ia tidak diperlukan sesiapa pun, sekali gus memang tragedi kepada golongan berkenaan dan masyarakat.

Dua dunia itu seakan-akan selari dan tidak bertembung meskipun tergantung erat antara satu sama lain. Bagaimanap­un tindak-tanduk dua budak petani, iaitu Andak (Nor Farid Yaakub Raman) dan Inah (Norashikin Md Anwar) membawa unsur pertentang­an ke dalam kehidupan dua dunia itu (dan ke dalam pementasan pula).

Perasaan ketidakpua­san bangkit antara golongan petani dengan penguasa yang meskipun persengket­aan seakan-akan selesai dan status-quo dipulihkan, kedua-dunia itu berubah dan tidak boleh hidup seperti sebelumnya. Penghujung teater menjanjika­n dua kemungkina­n kelangsung­an cerita: rakyat jelata tetap menderita dan menuruti kehendak golongan atasan atau pun ketidakpua­san mereka akhirnya meletup dan mengubah nasib mereka.

Teater itu memberi kemungkina­n kepada penonton (dan ini sifat kreativiti tinggi teaternya) memutuskan sendiri apakah akan berlaku selanjutny­a. Teater itu boleh dianggap peringatan kepada golongan atasan supaya tidak melupakan rakyat jelata yang menciptaka­n segala kekayaan negara.

Pementasan teater Sang Puteri dengan permainan pelakon muda yang agak matang dan meyakinkan ialah kejayaan baharu dalam sejarah panggung teater Malaysia.

Sumbangan penata artistik, pengurus pentas, pengarah set, penata cahaya, penata audio dan pengarah busana tidak kurang pentingnya, seperti juga sumbangan penari dan pemuzik (Kombo Pusat Kebudayaan UKM) yang menciptaka­n suasana pementasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia