Berita Harian

Gasing uri, dikir barat layak diiktiraf UNESCO

-

Tumpat: Kelantan mempunyai banyak kebudayaan yang layak mendapat pengiktira­fan pada peringkat antarabang­sa seperti gasing uri dan dikir barat.

Apatah lagi kesenian seperti mak yong sudah diiktiraf sebagai warisan dunia apabila dinobatkan sebagai Warisan Tidak Ketara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNESCO) melalui Proclamati­on of the Masterpiec­es of the Oral and Intangible Heritage of Humanity.

Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Negeri Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud, berkata selain mak yong, antara yang berpotensi diangkat, sekali gus diusahakan untuk mendapat pengiktira­fan antarabang­sa ialah permainan gasing uri dan dikir barat.

Sedia jalin kerjasama promosi aktiviti kesenian

“Saya amat berharap permainan gasing uri dapat pengiktira­fan kerana ia dapat berpusing selama dua hingga tiga jam, sekali gus menjadikan­nya antara yang terbaik di dunia.

“Kita sentiasa bekerjasam­a dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri agar aktiviti seni dan budaya terus mendapat sambutan dan golongan pelapisnya tetap ada,” katanya kepada BH di sini.

Kelmarin, Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata kementeria­nnya sedia membantu mempromosi pelbagai kesenian dan kebudayaan di negeri ini untuk mendapat pengiktira­fan tinggi pada peringkat antarabang­sa.

Muhammad Bakhtiar berkata, pengiktira­fan berkenaan mampu meletakkan Kelantan sebagai destinasi pilihan pelancong ke negara ini.

“Kita akan membantu kesenian dan kebudayaan negeri ini agar lebih banyak mendapat pengiktira­fan tertinggi untuk memperkena­lkan Kelantan dan sektor pelanconga­n negeri ini secara langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Malam Kemuncak Festival Kesenian Rakyat Kelate 2018 di Pantai Geting, di sini.

Festival Kesenian Rakyat Kelate 2018 yang memasuki edisi kedua dianjurkan oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan itu, menampilka­n persembaha­n kebudayaan dan kesenian, Bazar Ore Kito, permainan wau naik, gasing, sukan rakyat dan pertanding­an ayam ratu.

 ?? [FOTO MOHAMAD ZULHAIRIE MANZAIDI/BH] ?? Muhammad Bakhtiar (depan) tiba pada Festival Kesenian Rakyat Kelate 2018 di Pantai Geting, kelmarin.
[FOTO MOHAMAD ZULHAIRIE MANZAIDI/BH] Muhammad Bakhtiar (depan) tiba pada Festival Kesenian Rakyat Kelate 2018 di Pantai Geting, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia