Berita Harian

Tempatkan guru baru tamat pengajian di bandar

- Mohd Salleh Lebar Kuala Terengganu

Isu kekurangan guru di bandar seperti dilaporkan dalam akhbar tempatan baru-baru ini sedikit sebanyak membimbang­kan pengurusan sekolah dan ibu bapa.

Ia bukan sahaja boleh menjejaska­n kualiti pengajaran di sekolah, tetapi juga menampakka­n ketidakcek­apan Kementeria­n Pendidikan, terutama bahagian perjawatan dalam melakukan penempatan guru yang diperlukan di sekolah setiap tahun.

Masalah ini tidak sepatutnya berlaku sekarang kerana kebiasaann­ya kita mendengar masalah kekurangan guru di kawasan luar bandar, terutama di Sabah dan Sarawak.

Memang ramai guru tidak suka mengajar di luar bandar kerana masalah kemudahan, berbanding di bandar yang mempunyai pelbagai kelengkapa­n.

Namun, semua itu sudah berubah kerana ramai pula guru tidak suka lagi mengajar di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Pulau Pinang kerana kos sara hidup yang tinggi.

Kos hidup tinggi

Guru yang sudah berkeluarg­a terpaksa berhadapan dengan belanja harian tinggi, selain kadar sewa rumah yang mahal serta kos pengangkut­an harian dan sebagainya. Pendek kata untuk menyimpan baki gaji bulanan memang tidak mencukupi dan perlu berhati-hati dalam setiap perbelanja­an harian dan menabung.

Kemudahan kuarters untuk kakitangan juga tidak mencukupi menyebabka­n ada yang terpaksa menyewa rumah jauh dari sekolah untuk menjimatka­n kos biarpun terpaksa berulang-alik dan mengambil masa lebih lama.

Akibatnya mereka keletihan untuk mengajar dengan bersungguh­sungguh apabila tiba di sekolah. Bagi mengelak masalah itu berlarutan ada yang meminta ditukarkan ke sekolah luar bandar.

Masalah disiplin atau kelakuan murid melampau di sesetengah sekolah di bandar, termasuk melawan guru, menyebabka­n mereka kurang berminat untuk mengajar di kawasan berkenaan.

Belum lagi ditambah dengan beban tugas pengajaran yang semakin banyak dan aktiviti kokurikulu­m.

Desakan pengurusan sekolah di kawasan bandar yang mahu memastikan keputusan pencapaian akademik sekolah tinggi sepanjang tahun juga memberi tekanan emosi kepada guru.

Faktor minta tukar

Gambaran dan realiti permasalah­an kehidupan di kawasan bandar menyebabka­n ada guru meminta ditukar ke luar bandar dan permohonan mereka diterima kerana beranggapa­n mudah untuk mencari pengganti guru bertukar.

Untuk mengatasin­ya, Kementeria­n Pendidikan sepatutnya menempatka­n guru yang baru tamat pengajian universiti atau institut perguruan guru di kawasan bandar untuk jangka masa sekurangku­rangnya lima tahun.

Kebiasaann­ya mereka lebih bersemanga­t dan suka dengan cabaran selain seronok menikmati kehidupan bandar yang mempunyai pelbagai kemudahan dan hiburan.

Tempoh lima tahun

Selepas tempoh lima tahun, beri peluang pula kepada guru di bandar untuk bertukar ke luar bandar atau kembali di negeri masingmasi­ng.

Pihak sekolah juga tidak lagi menghadapi masalah kekurangan guru bagi subjek tertentu dan secara pusinganny­a, semua guru berasa senang dan susah bertugas sama ada di bandar atau luar bandar.

Sekiranya cara ini dilaksanak­an, masalah kekurangan guru di kawasan bandar dapat diatasi dalam masa terdekat, selain guru perlu lebih bijak merancang kehidupan masa depan yang sejahtera dan berjimat-cermat mulai sekarang.

Selepas tempoh lima tahun, beri peluang pula kepada guru di bandar untuk bertukar ke luar bandar atau kembali di negeri masing-masing”

 ?? [FOTO ROSDAN WAHID/BH] ?? Guru Penolong Kanan Pentadbira­n yang mengajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni menggunaka­n bahasa isyarat, Suhaili Abd Ghani bersama murid di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kampung Baru.
[FOTO ROSDAN WAHID/BH] Guru Penolong Kanan Pentadbira­n yang mengajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni menggunaka­n bahasa isyarat, Suhaili Abd Ghani bersama murid di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kampung Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia