Berita Harian

Usah terburu-buru ganti BERNAS demi jaga kebajikan pesawah

-

Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub baru-baru ini mengumumka­n satu agensi baharu bakal diwujudkan bagi mengambil alih peranan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Tiga jawatan kuasa diberikan tanggungja­wab mengkaji dan mengeluark­an model baharu untuk digunakan selepas tamat konsesi BERNAS sebagai pengimport tunggal beras negara pada 2021.

Saya berpendapa­t tindakan ini agak terburu-buru, kerana ia sekadar satu janji kerajaan Pakatan Harapan bagi menarik undi pesawah ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana mendakwa BERNAS bermasalah.

Sebelum wujud BERNAS, industri padi dikawal orang tengah yang tamak haloba. Jadi fungsi BERNAS untuk menghentik­an kawalan orang tengah.

Jika konsep monopoli dan pengimport berpusat dihapuskan, tiada stok simpanan bekalan beras kerana ini bukan kepentinga­n orang tengah yang hanya mementingk­an untung.

Jaga kepentinga­n pesawah

Isu padi angin juga sering menjadi musuh utama pesawah kerana mereka terpaksa menanggung kerugian yang sangat tinggi.

BERNAS mengambil peranan penting menjaga kebajikan pesawah jika berlaku kejadian seperti banjir, kemarau dan masalah padi angin.

Melihat negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, mereka mengamalka­n sistem pengimport berpusat dan bertindak sebagai gatekeeper.

Dengan melantik lebih banyak syarikat untuk mengawasi import beras, kerajaan tidak akan dapat menyelesai­kan masalah ini, sebaliknya membolehka­n syarikat terbabit membentuk kartel.

Saya berharap, kerajaan meneliti dalam merangka kertas cadangan menggantik­an BERNAS, dan tidak terburu-buru membuat keputusan kerana perkara ini membabitka­n kepentinga­n pesawah yang perlu menjadi keutamaan.

Syed Ariq Amran Klang, Selangor

 ?? [FOTO HIASAN] ?? BERNAS sentiasa menjaga kebajikan pesawah, terutama ketika berdepan masalah banjir, kemarau dan padi angin.
[FOTO HIASAN] BERNAS sentiasa menjaga kebajikan pesawah, terutama ketika berdepan masalah banjir, kemarau dan padi angin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia