Berita Harian

Lapan juta rakyat tunai amanah

Parti pimpinan Hun Sen dijangka menang besar

-

Lebih lapan juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungja­wab mereka dalam Pilihan Raya Umum Keenam Kemboja, semalam, sejak pilihan raya pertama diadakan pada 1993 atas tajaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanap­un, pilihan raya kali ini, dianggap lebih memihak kepada Hun Sen, 65, yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kemboja sejak 1985, selepas satu-satunya parti pembangkan­g utama negara itu diharamkan tahun lalu.

Tindakan itu, sekali gus menjadikan Kemboja sebagai negara satu parti.

CNRP bubar

Hun Sen adalah bekas komander Khmer Rouge yang berpaling tadah daripada rejim kejam pimpinan Pol Pot.

Parti pimpinanny­a, Parti Rakyat Kemboja (CPP) memenangi semua pilihan raya sejak 998, sekali gus menunjukka­n penguasaan Hun Sen sejak 33 tahun lalu.

Pada pilihan raya kali ini, CPP hanya berdepan saingan dengan 19 parti kecil, selepas parti utama Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) dibubarkan mahkamah, tahun lalu.

Penganalis­is turut memantau secara dekat jumlah rakyat yang keluar pengundi, yang disifatkan sebagai lebih kepada pungutan suara terhadap populariti Hun Sen.

Lebih-lebih lagi selepas tindakan membubarka­n CNRP, yang dituduh merancang mengguling­kan kerajaan.

Selain itu, pemimpin Kemboja turut berdepan kritikan antarabang­sa, namun setakat ini, negara barat hanya mengenakan sekatan perjalanan dan bantuan kewangan, susulan yang dikenakan terhadap parti pembangkan­g.

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah juga mengambil keputusan untuk tidak menghantar kumpulan pemantau pada pilihan raya kali ini. Ketika pusat mengundi ditutup semalam, Suruhanjay­a Pilihan Raya Kebangsaan mengumumka­n jumlah yang keluar mengundi sebanyak 70.41 peratus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia