Berita Harian

Erdogan tidak gentar ugutan

Presiden Turki beri amaran balas kepada Washington

-

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa negara itu tidak akan berganjak dari keputusann­ya, walaupun selepas Presiden Donald Trump mengancam untuk mengenakan sekatan, jika Ankara gagal membebaska­n seorang paderi warga Amerika Syarikat.

Menurut stesen penyiaran Haberturk, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Erdogan yang turut dipetik oleh TRT Haber dan beberapa media lain.

“Kejadian terbaharu ini dijangka menjejaska­n hubungan antara Amerika Syarikat dan Turki.

“Kami tidak akan berganjak daripada keputusan yang dibuat, walaupun berdepan dengan sekatan (Amerika Syarikat).

Hilang teman rapat

“Mereka (Amerika Syarikat) sepatutnya tidak lupa bahawa tindakan itu akan menyebabka­n mereka kehilangan rakan rapat,” kata Erdogan yang dipetik beberapa media.

Difahamkan, Andrew Brunson yang bertugas di Turki selama lebih 20 tahun, dikenakan tahanan rumah minggu ini selepas dipenja- ra selama 21 bulan di negara itu.

Brunson dituduh menyokong kumpulan yang didakwa Ankara menjadi dalang di sebalik rampasan kuasa tentera yang gagal pada 2016 dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Bagaimanap­un, Brunson menolak dakwaan itu dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga 35 tahun, jika didapati bersalah.

Sementara itu, anggota diplomat sedang bertungkus-lumus untuk menangani ketegangan antara kedua-dua negara.

Malah, Jabatan Negara berkata, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Michael Pompeo sudah mengadakan perbincang­an mengenai status paderi berkenaan dengan Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia