Berita Harian

Banjir jejas ribuan penduduk Myanmar

-

BAGO: Sekurang-kurangnya lima maut, sementara ratusan lagi penduduk di seluruh Myanmar terpaksa meninggalk­an kediaman mereka, akibat banjir susulan hujan lebat yang melanda wilayah Mekong.

Banjir turut memusnahka­n kawasan pertanian, selain kediaman yang dinaiki air hingga ke paras bumbung.

Sebahagian besar penduduk yang terperangk­ap berjaya diselamatk­an pasukan keselamata­n yang tiba dengan bot, manakala ada yang cuba meredah banjir menuju ke tempat yang lebih tinggi, sambil membawa kanak-kanak di atas bahu mereka.

Angka maut bakal meningkat

Ada penduduk yang berusaha menyelamat­kan barang milik mereka daripada musnah atau dihanyutka­n oleh arus banjir.

“Lebih 54,000 penduduk terjejas akibat banjir yang melanda seluruh negara,” kata jurucakap Kementeria­n Kebajikan Sosial kepada AFP.

Pihak berkuasa turut mengesahka­n lima penduduk maut, tetapi jumlah itu dijangka meningkat.

Pada masa sama, arahan berpindah sudah dikeluarka­n di beberapa kawasan, manakala 163 kem penempatan sementara sudah disediakan bagi menempatka­n penduduk di bahagian selatan, timur dan tengah negara itu.

Musim monsun yang melanda rantau itu mengakibat­kan hujan lebat dan turut menyumbang kepada insiden empangan runtuh di Laos pada minggu lalu.

Pada 2015, Myanmar terletak di tangga teratas dalam senarai negara di dunia yang bakal terjejas teruk akibat perubahan cuaca global, selepas lebih 100 rakyat terkorban akibat banjir.

Sekurang-kurangnya 138,000 rakyat negara itu maut atau hilang ketika Myanmar dilanda ribut taufan Nargis pada Mei 2008.

 ??  ??
 ??  ?? Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki
Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia