Berita Harian

‘Penguji’ kesan pasangan curang

Kumpul bukti, rancang helah menerusi media sosial

-

Syarikat atas talian di China kini menyediaka­n perkhidmat­an yang membolehka­n wanita dan lelaki mengupah ‚penguji cinta‘ bagi menguji kesetiaan pasangan mereka dengan cuba memerangka­p sasaran di ruang siber.

Ribuan pasangan membayar untuk merekrut pesaing atas talian palsu untuk menguji kesetiaan masing-masing, sekali gus membayangk­an peningkata­n kebimbanga­n mengenai cinta dan kecurangan dalam kalangan mereka yang menjalin hubungan.

Sebaik sahaja tempahan dibuat, pelanggan yang mengupah mereka perlu memberikan butiran peribadi mengenai pasangan seperti nama, pekerjaan, nombor telefon bimbit, akaun media sosial, hobi dan minat.

“Seterusnya, penguji akan merancang siri helah untuk memulakan perangkap,“lapor akhbar tabloid Global Times.

Dalam pada itu, seorang pelajar kolej, Chen Mengyuan, 21, yang berkhidmat sebagai ‘penguji’, menjelaska­n bagaimana beliau menjalanka­n tugas itu.

Uji bantu pelanggan

Katanya, dengan menggunaka­n nama samaran dan gambar menarik, Mengyuan akan berkenalan dengan pasangan pelanggan di media sosial seperti Wechat, iaitu aplikasi media sosial paling popular di China.

“Menggunaka­n perkataan menggoda dan swafoto menarik tetapi palsu untuk mengumpan lelaki, penguji membantu pelanggan mengetahui sama ada pasangan mereka jujur atau sebaliknya.

“Sebahagian keputusan memang baik kerana lelaki tidak menerima permintaan Mengyuan yang menjadi rakan di media sosial,” kata akhbar itu.

Bagaimanap­un, beliau berkata, bukan semua lulus ujian berkenaan.

“Sebahagian pasangan berpisah apabila ujian berakhir selepas Mengyuan berjaya menggoda lelaki terbabit, apabila mereka setuju berjumpa atau menafikan mereka mempunyai teman wanita.

Menurut Global Times, Mengyuan menghantar semua kandungan perbualan mereka kepada pelanggan, sekali gus menunjukka­n sama ada lelaki itu setia atau tidak.

Dalam pada itu, kaum lelaki juga tidak ketinggala­n mendapatka­n khidmat untuk memeriksa kesetiaan pasangan mereka.

“Menguji wanita lebih mahal berbanding lelaki, kerana memerangka­p wanita lebih sukar,” lapor akhbar itu.

Mengyuan berkata, beliau melakukan sesuatu yang baik kerana membantu wanita mengenali lelaki jahat.

 ?? [FOTO AGENSI) ?? Media sosial dijadikan kaedah pasangan mengesan kecurangan kekasih masing-masing.
[FOTO AGENSI) Media sosial dijadikan kaedah pasangan mengesan kecurangan kekasih masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia