Berita Harian

Johnson kongsi pendahulu

-

Kanada: Dustin Johnson melakar tujuh di bawah 65, sekali gus berkongsi pendahulua­n selepas hari ketiga Terbuka Kanada dan mencerahka­n peluang mengumpul satu lagi kejuaraan dalam kariernya selaku pemain nombor satu dunia.

Pernah terlepas bergelar juara sebanyak dua kali, Johnson menggunaka­n sepenuhnya keyakinan hasil permulaan baik apabila membenam lima birdie di sepanjang enam lubang pertama untuk menghasilk­an dua lagi birdie serta satu eagle di sembilan lubang kedua bagi mengumpul keseluruha­n 17 di bawah par.

Dia kini terikat dengan tiga lagi pemain lain di tangga teratas bersama pemain Korea Selatan, Kim Whee (67), An Byeong-hun (66) dan pemain senegarany­a dari Amerika Syarikat, Kevin Tway (68).

Pilihan utama

Dengan 18 gelaran Jelajah PGA termasuk dua yang dimenangin­ya tahun ini, Johnson akan melangkah ke pusingan terakhir selaku pilihan utama.

Hudson Swafford dan Rory Sabbatini pula ketinggala­n empat pukulan di belakang dengan 13 di bawah par.

“Saya mahu menang kerana saya sukakan kemenangan tetapi jika menang kali ini, ia akan lebih manis kerana sudah dua kali saya terlepas peluang berbuat demikian,” kata Johnson.

“Saya sukakan lapangan ini, permainan saya juga semakin baik, saya lebih yakin tetapi saya tetap perlu mengekalka­n rentak ini jika tidak mahu kecewa lagi.

“Semakin ramai yang mencatat keputusan baik sejak kebelakang­an ini. Saya rasa akan ada seseorang yang melakukan catatan terendah esok dan saya harap ia adalah saya.”

Selepas gagal melepasi cut buat kali pertama tahun ini di Terbuka British minggu lalu, Johnson dilihat seolah-olah langsung tidak mampu dicabar di Glen Abbey.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Dustin Johnson
[ FOTO AFP ] Dustin Johnson

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia