Berita Harian

The Blues kecewakan Inter menerusi penalti

-

Nice (Perancis): Chelsea menewaskan Inter Milan 5-4 menerusi penentuan penalti apabila penjaga gol Willy Caballero menyelamat­kan sepankan Milan Skriniar selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sulung Piala Juarajuara Antarabang­sa.

Pedro membuka jaringan seawal minit kelapan apabila menyambut lantunan bola yang ditepis penjaga gol Inter, Samir Handanovic daripada percubaan Alvaro Morata.

Ia adalah gol kedua buat Pedro yang meraikan ulang tahun ke-31, semalam, selepas meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Perth Glory di Australia, Isnin lalu.

Inter menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua menerusi Roberto Gagliardin­i, yang rembatanny­a gagal diselamatk­an penjaga gol Argentina, Caballero selepas seorang lagi pemain gantian Tiemoue Bakayoko melakukan hantaran kepadanya.

Pemain baharu Chelsea, Jorginho hampir pasti menyumbang kemenangan menerusi sepakan lencong yang ditangkap kemas Handanovic, manakala cubaan Tammy Abraham tidak menjadi sebaik memanfaatk­an hantaran Emerson.

Pemain Argentina, Lautaro Martinez, 20, yang menyertai Inter daripada Racing Club pada awal Julai hampir menjaringk­an gol kemenangan pada minit terakhir apabila rembatan padunya berjaya diselamatk­an Caballero.

Caballero, yang digugurkan daripada skuad Piala Dunia susulan kekalahan 0-3 kepada Croatia pada peringkat kumpulan berjaya menyelamat­kan percubaan Skriniar dengan kakinya pada penentuan sepakan penalti sebelum Cesar Azpilicuet­a memanfaatk­an sepakan penalti.

Chelsea akan menentang pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal, di Dublin Rabu ini sebelum menamatkan aksi pra musim menentang Lyon pada 7 Ogos, dua hari selepas menentang Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti.

AFP

 ??  ?? Pemain Chelsea, Alvaro Morata (kanan) cuba melepasi pemain Inter.
Pemain Chelsea, Alvaro Morata (kanan) cuba melepasi pemain Inter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia