Berita Harian

Skuad sasar kejutan sulung

-

Kuala Lumpur: Tidak meletakkan sebarang sasaran pada penampilan sulung di Sukan Asia Jakartapal­embang bulan depan, skuad kanu tetap menyimpan hasrat mencipta kejutan pada temasya itu.

Pemilihan kanu oleh Majlis Sukan Olimpik Malaysia (OCM) kali ini dianggap tepat selepas agak lama diketepika­n untuk menyertai Sukan Asia, termasuk di Incheon, Korea Selatan empat tahun lalu.

Dianggarka­n seramai 52 atlet dan pegawai akan menyertai tiga disiplin iaitu bot tradisiona­l lelaki, slalom dan kanu polo.

Berdasarka­n persiapan rapi yang sudah berjalan sejak awal tahun ini dan keputusan positif diraih dalam beberapa kejohanan disertai, kemungkina­n kejutan mampu berlaku terutamany­a menerusi kanu polo.

Pengurus pasukan Kanu ke Sukan Asia, Dr Jaffry Zakaria berkata, kejayaan meraih tangga ketiga pada Kejohanan Kanu Polo Asia di Batu Pahat, Oktober tahun lalu, setidak-tidaknya memberi sedikit keyakinan untuk bersaing nanti.

“Kami ucapkan terima kasih kepada kepercayaa­n OCM menyenarai­kan Kanu di Sukan Asia kali ini. Walaupun diakui agak sukar untuk mencabar sebarang pingat, saya yakin kejutan boleh berlaku di sana.

Ujian lebih sukar

“Misalnya seperti acara kanu polo demonstras­i, pasukan berjaya meraih tempat ketiga manakala, acara Slalom pula kita bariskan dua atlet muda sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun nanti.

“Bagaimanap­un, ujian lebih sukar buat bot tradisiona­l yang kita tahu dikuasai negara-negara seperti Korea Selatan, China, Jepun dan Taiwan. Apapun, penyertaan kita kali ini dianggap pendedahan tertinggi buat atlet,” katanya kepada Meja Sukan NSTP.

Skuad kanu negara dijadual memulakan aksi menerusi acara slalom bermula 21 hingga 23 Ogos di Jakarta, manakala diikuti kanu polo dan bot tradisiona­l pada 25-27 Ogos di Palembang.

 ??  ?? Pasukan kayak negara.
Pasukan kayak negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia